Notice Board


PROMOSI


Royal Slim Lishou Magic = RM 110.00 RM 99.00

Royal Detox Platinum = RM 130.00 RM117.00

Set Combo RSLM + RDP = RM 220.00 RM 210.00


EPHYRA set trial = RM 68.00

EPHYRA set premium = RM 180.00 RM 170.00

EPHYRA 2 set premium = RM 350.00 RM330.00

EPHYRA 3 set premium = RM 500.00 RM 470.00


TABITA SKIN CARE ( Exclusive ) = RM 280.00 RM 250.00

TABITA SKIN CARE ( Trial Premium ) = RM 150.00

TABITA SKIN CARE ( Trial Premium ) = RM 110.00


BELLEZA set trial = RM 100.00

BELLEZA set trial + 5 sachets = RM 135.00


Harum Malam = RM 40.00 RM33.00

Mistine Egg White = RM 20.00 RM 18.00




Monday, 7 April 2014

Suntikan Influenza untuk bayi

Entry kali ni aku nk cerita pasal suntikan influenza. So kita serious sikit yer.. hehehe. Suntikan Influenza ini adalah suntikan optional vaksin yang boleh diambil oleh orang dewasa dan kanak-kanak selain bayi. Vaksin ini mengandungi virus tidak aktif yang akan disuntik kedalam badan. Setelah suntikan dibuat badan akan mengenalpasti virus ini dan sekaligus akan memberikan perlindungan yang sepatutnya kepada badan kita sekiranya virus tersebut menyerang. 

Suntikan ini boleh melindungi diri kita daripada dijangkiti wabak influenza, H1N1, H3N2 dan influenza B. Wabak influenza boleh berjangkit melalui udara. fuhh! scary betol kan. Sekiranya persekitaran kita tercemar dengan virus ini maka kita berisiko dijangkiti influenza. Virus H1N1 pernah mengemparkan negara kita satu ketika dulu. Kita dikejutkan dengan kematian yang mendadak disebabkan virus ini. 


Ketiduran selepas cucuk.


Wabak influenza atau demam selsema bermusim ialah sejenis penyakit pernafasan berpunca daripada jangkitan virus selsema. Seperti sedia maklum la kan kalau dijangkiti virus selsema dan berpanjangan boleh menyebabkan kita  mengalami radang paru-paru seperti asma, bronkitis, pneumonia dan yang paling bahaya penyakit pneumokokal.

Disebabkan Syukri dah beberapa  kali dimasukkan ke hospital disebabkan radang paru-paru ni. Dr. Nomee Ashikin peed masa Syukri kat Ampang Puteri suggest aku untuk ambil suntikan Influenza dan Pneumokokal. Dua suntikan ni memang digalakkan ambil untuk bayi teruma yang dihantar ke pusat asuhan atau taska. Suntikan influenza ni kita kena ambil setahun sekali.  Lepas keluar hopital hari tu tak boleh terus ambil sebab masa tu Syukri belum pulih sepenuhnya. Menurut Dr. Nomee, vaksin tidak bole diambil sewaktu badan tidak sihat kerana badan kita tengah struggle melawan penyakit. Jadi kalau suntik waktu tu ia tidak berkesan atau akan memudarat. Jadi membazir la suntikan tu kan..


Lepas keluar hospital hari tu Syukri masih lagi ada batuk dan selsema sikit-sikit. Aku jaga dan pantang betul-betul supaya batuk dan selsema dia tidak melarat. Sejak kena Pneumonia susah betul dia nak pulih dari batuk dan selsema. Macam-macam aku buat, bagi madu, elakkan dia daripada sejuk, pagi mandi tak basah kepala termasuk bagi dia hati unta. Terima kasih sangat kat pengasuh dia tolong carikan hati unta. Akhirnya aku berjaya bebaskan dia daripada batuk dan selsema. Alhamdulillah.. lega sangat rasa.. 

Lepas dari tu kami balik kampung terus kami cari suntikan influenza. Kawan aku cakap optional vaksin kalau kat kampung murah sikit daripada kat KL ni. Kami pon gigih cari satu Batu Pahat nie. Susah jugak nak cari suntikan influenza ni. Kebanyakkan klinik takda stok. Akhir nya aku jumpa dekat Putra Specialist Hospital. Memang betul la murah RM90 jer. Kalau klinik di KL rata-rata yang aku survey RM100++. Lepas dah cucuk ni lega betul aku rasa. Planning lepas ni nak ambil suntikan Pneumokokal pulak. Pasal Pneumokokal ni nanti tunggu aku share dekat entry lain yer.. 




0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Blog Che'Pah | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in