Last friday aku amik cuti. Sebab aku amik cuti nak repair kereta. Sepatutnya ni tugas En. Hubby, tapi disebabkan dia terlampau sibuk sampai minggu depan jadi aku terpaksa ganti tempat dia. Boleh nak tunggu lagi tapi aku takot maklumla la keta aku nie hari2 ulang alik KL - Bangi, Bangi - KL. Kang kalau rosak tepi jalan mati aku.. hahaaha... Lagi pon boleh anta anak kat rumah pengasuh. Aku tak suka nak anta anak rumah pengasuh time cuti. Memang dia ok & aku bayar overtime but not nice la kan.. pengasuh pon ada rumahtangga nak uruskan.
So, Jumaat tu aku sorang2 pegi repair kereta. Disebabkan aku sorang2, aku pilih untuk hantar kat bengkel di Wangsa Maju berdekatan dengan Jusco Alpha Angle. Lepas hantar kete aku pon jalan kaki ke JuscoAlpha Angle. Cina tu kata 2-3 jam. Dalam hati kata lama betul..Apa la aku nak buat kt Jusco tu.. Dah lama tak jalan kaki, berpeluh jugak la ketiak Che' Pah ni. Sampai kat Jusco aku dok pusing-pusing tanpa arah & pikir nak lepak mana la 2-3 jam nie. Mula ingat nk lepak kat Starbuck tapi mak aii ramai betol orang. tak privasi la pulak.. hehhee.. macam artis la pulak aku ni kan. Pastu baru aku teringat Baskin Robin kat tingkat 2 tu selalu takde org lepak. So aku pilih Baskin Robin la untuk menghabiskan masa. Meleleh air liur teringat kat ais krim dia.. Hish.. macam mana la nak diet ni.
Sebelum ke Baskin Robin aku ke kedai buku MPH dulu cari bahan bacaan. Jadi takde la aku melanguk kosong jer kat situ. Kalau takat makan ais krim jer berapa minit sangat la kan.. Pusing lama-lama sikit kat MPH tu.. Nanti takde la kematu sangat punggung Che'Pah kat Baskin Robin tu. Semua buku aku nengok. Bila semua buku dh nengok mesti la tertengok buku untuk Toddler kan.. Apa lagi aku sambar satu buku utk Syukri & utk aku magazine jer..
Mmm.. terliur tk nengok eskrim Che'Pah. Perasa apa tak ingat sbb Che' Pah main tunjuk2 jer
Hasil rembatan kat MPH.
Masa melanguk kat Baskin Robin tue aku dok fikir kat mana la nak cari dobi layan diri nie.. Rumah aku dah 3 hari takda air. Takot sabtu ahad pon takda.. mana la tau kan.. Patut 2 hari jer takda air. Apa masalah pon aku tak tau. Kalau esok baru nak pegi mendobi sapa nak jaga Syukri pulak sebab sabtu ahad ni En. Hubby keje. Last week kami hantar kat dobi biasa. Tp makaih.. kemain mahal lagi.. almost Rm40 jugak la.. Google punya google jumpa la dobi layan diri Clean Pro dekat Sri rampai tak jauh sangat la dari tempat aku service kete ni. Ok settle.. lepas kete siap terus pegi kesana.
Dobi Clean Pro Sri Rampai
Sampai2 kat dobi nasib orang tak ramai sangat. Maklumla aku ni sejak dh kawen kalau pegi mana2 sorang2 gabra sikit. Dulu sebelum kawen ok jer.. mugkin sbb dh biasa kemana-mana dengan En. Hubby.. Lagi2 pertama kali aku nak mendobi sendiri ni memang double gabra la aku.. Aku dah siap2 google macam mana nak guna dobi layan diri nie. Mula2 kena timbang baju kita, lepastu baru boleh pilih mesin samada 9kg 14kg 25kg. Aku pon kemain timbang baju aku.. nengok 7kg jer.. So.. aku pilih la mesin 9kg. Sekali sumbat2 baju tak muat.. memang berat 7kg jer tapi ade cadar Queen kain pelekat bagai memang tak muat la kan mesin 9kg sebab tube die kecik. Aku pon pi kuar kan suku masuk kt mesin 14kg. Suku plak tu.. bukan setengah.. yang selebihnya tu bole kira penuh jugak la tube tue. Sementara tunggu mesin tengah jalan aku pon borak dengan sorang budak pompuan ni. Dia kata tak payah timbang kak. Pilih mana2 mesin yang agak2 muat dengan baju kita dan masukkan jgn lebih dari garisan kat cermin penutup tue.. Garisan nya kat tengah2 maknanya separuh mesin jer.. Kalau lebih dia kata nanti tak bersih. Pastu dok teringat mesin 9kg tue aku sumbat hampir penoh. Abesla... memang tak bersih la baju aku.
Padahal bole jer kalau aku kuar kan sume tukar ke mesin 14kg or kalau tak muat jugak masuk jer ke mesin 25kg abes citer... Nengok punya kritikal perangai gabra aku kan. Disebabkan tu jugak baju yg penuh dalam mesin 9kg tu tak bersih.. Dah la membazir amik 2 mesin pastu tak bersih pulak. Nanti nak kering kan kena amik lg mesin lain RM4. Hmmm... kalau En. Hubby tau nie mesti aku kena bebel. Masa tengah tggu baju kat dryer orang dh mula ramai.. Budak yang aku sembang tadi pon dah balik. Apa lg macam kera sumbang la aku kt situ. Lepas siap jer kering aku terus kuar kan & packing2 dalam plastik. Masa kuar kn baju pon siap tersadung batu yang utk panjat amik baju kat dryer. Nasib tak tersungkur.. Kalau tak biru muka Che'Pah. Sekali sampai2 umah cek balik, ada baju yang tak bersih dannnnn ade banyak yang tak kering jugakkk... Sengal betulla.. Kalau aku tambah duit keringkn lama sikit bole jer tadi.. Budak yang aku sembang tu dah pesan suruh cek tp aku yang tak cek sebab gabra sangat org dah ramai kat situ... Pffttt...
Belah atas dryer, belah bawah mesin basuh.. tue batu seketul yang aku tersepak hampir2 tersungku.. Benci kat batu tu.. Malu Che'Pah tau.. Nmpk sgt Che' Pah gabra kan..
Yang ni mesin tukar coin.. Mesin basuh & dryer kak situ hanya terima coin 50cen baru jer yer..
Dobi layan diri Clean Pro ni tak sedia kan sabun. Kalau tak bawak sabun kat situ ada soap vendor machine. Selain sabun kat mesin tu ade jugak softener, pengering aroma, laundry beg dan Oxygen bleach. Semua tue harga dia RM1 dalam kotak kecik untuk sekali guna. Pengering aroma yang aku suka. Bende ni pon mula aku tak tau utk apa & macam mana nak guna. Budak yang borak dengan aku tu yang bagi tau. Dalam dia macam kain sapu tangan berbau sangat wangi..Cara guna dia kita masukkan sekali dengan baju masa kt dalam dryer mesin. Lepas siap nanti baju kita wangiiii sangattt macam baju yang selalu kita amik kat dobi biasa tu.
Clean Pro soap vendor machine.
Disebabkan kesilapan aku kat Clean Pro aku cakap kat En. Hubby nak kena pegi dobi lagi malam nanti sebab ada baju lagi yang nak basuh. Kate kat dia lagi yang siang tadi tak bawak baju banyak sebab nak testing jer dulu...hehhee... Malam tu En. Hubby balik kol 11 & kebetulan ada lori Syabas kat bawah. Dia tukar2 baju terus turun amik air. Kesian dia.. mesti penat.. lepas tu nak ke dobi pulak.. Naseb dia ikut jer planning aku.. Tue yang buat aku sayang tu. takpe la sama2 kita berkorban. Malam tu kami ke dobi layan diri everyday kat setiawangsa sebelah ali maju. Kat Sri Rampai tu jauh katanya. Sampai dekat pukul 3 pagi kami kat situ. Dobi layan diri ni biasa nye 24 jam yer.. Tp tak tau pulak kalau ada yang tak 24 jam. Setakat dua ni yang aku pergi 24 jam.
Dobi Everyday layan diri.
Dekat dobi Everyday layan diri ni sabun free.. Boleh lagi jimat la.. tp bau sabun dia tak kuat sangat la macam sabun yang aku guna dekat clean pro tue. Dah nama pon free kan.. Mesin basuh & dryer yang ada 9kg & 14kg. Aku tak prefer sangat dobi ni sebab dia takde mesin yang jual sabun tu. Kalau ada mesin tu senang, In case kalau kita memerlukan laundry plastik tu bole beli kat mesin kan.. Sebab masa aku kat Clean Pro aku beli plastik tu. Aku tak bawak bakul. letak baju dalam plastik sampah jer.. masa bukak plastik nak amik baju plastik tu dah koyak. Maklumla.. plastik sampah kan nipis.. Naseb mesin tu ade jual laundry plastik tebal pulak tu. Kalau tak bertaburan la baju aku masa nak masukkn dalam kete.
Orait, panjang sangat dah aku bebel ni. Untuk memudahkan korang kat bawah ni aku letak Price List untuk kedua-dua dobi yang aku pegi. Musim-musim air kena catu ni mesti korang tercari-cari info kan..
Dobi Clean Pro

Clean Pro dryer machine ada 14kg jer..
Dobi Everyday
Satu kelebihan dobi Everyday ada kusi urut. Ni yg kat cawangan Setiawangsa sebelah Ali maju. Cawangan lain aku tak tau nyer..

0 comments:
Post a Comment