Notice Board


PROMOSI


Royal Slim Lishou Magic = RM 110.00 RM 99.00

Royal Detox Platinum = RM 130.00 RM117.00

Set Combo RSLM + RDP = RM 220.00 RM 210.00


EPHYRA set trial = RM 68.00

EPHYRA set premium = RM 180.00 RM 170.00

EPHYRA 2 set premium = RM 350.00 RM330.00

EPHYRA 3 set premium = RM 500.00 RM 470.00


TABITA SKIN CARE ( Exclusive ) = RM 280.00 RM 250.00

TABITA SKIN CARE ( Trial Premium ) = RM 150.00

TABITA SKIN CARE ( Trial Premium ) = RM 110.00


BELLEZA set trial = RM 100.00

BELLEZA set trial + 5 sachets = RM 135.00


Harum Malam = RM 40.00 RM33.00

Mistine Egg White = RM 20.00 RM 18.00




Tuesday, 8 April 2014

Air..Oh..Air..

Seperti yang korang sedia maklum sekarang ni negeri selangor sedang mengalami krisis air. Sebelum ni aku takde la mengikuti sangat pasal krisis air nie. Sebab aku duduk area KL kan. Tapi ada la baca kat blog-blog lain dok cerita pasal jimat air dan secara tak langsung aku berjimat jugak la air kat rumah tu. Masa tu ada jugak terbayang kalau rumah aku air kena catu 2 hari sekali macam dia orang mesti la susah kan. Dengan ada anak kecik. Memang payah la..

Sekali tup..tup.. Sabtu pagi dalam pukul 9 lebih air takde. Mengelabah jugak la aku waktu tu. Mana tak nya, dengan baju aku laki bini & anak tak berbasuh lagi. Nasib pinggan mangkuk dalam sinki clear. Lega sikit rasa. Sekali tengok cek botol susu anak semua tgh berendam. Betul2 tinggal satu jer yang bersih. Botol yang tak berbasuh ada 6 botol ok. Malam tadi kepenatan terus tido tak cuci botol. ha.. ni la padah nya. Kami ada simpan air, tp satu tempayan plastik jer.. memang tue satu je pun tempayan yang ada. 

Satu tempayan tu bukan nya cukup. aku sorang je kalau mandi dah guna suku tempayan. Anak berak kencing lagi. Nak basuh botol susu anak lagi la guna banyak air. Pastu aku pon gigih la google nengok jadual catuan air untuk kawasan rumah aku. Memang sah la kawasan aku kena sekali 2 hari ada air 2 hari takde air selama lebih kurang sebulan ni atau mungkin dilanjutkan. Then En. Hubby kata bungkus semua baju kotor hantar kat dobi..ok settle pasal baju. Botol pulak macam mana sayang. Aku pulak dah la jenis suka memerut. Pantang makan lepas tu mesti la nak memerut. Mesti la tak cukup air tu kan. Hahah.. macam2 aku ni kan. Padahal kalau jimat-jimat cukup jer air tu sampai hari Ahad. Last-last susah sangat nak fikir En. Hubby kata kita check-in hotel jer la..

Aku dah dengar macam tu apa lagi lompat bintang la kan.. Dah alang-alang nak chek-in baik ler kita check-in kat PD. Boleh short holiday terus.. Syukri pun belum pernah mandi pantai lagi. Tapi sebelum pegi tu kami pegi cari tong besar dulu. Satu tong RM79 tawar punya tawar dapat la dua tong RM100 terus angkat masuk dalam kereta. Settle packing semua kami terus gerak pegi PD. 

Kat sana kami check-in kat Corus resort jer.. Sampai2 hotel jer aku terus cuci botol susu Syukri. Dah macam tujuan utama check-in hanya nk basuh botol susu pulak kan.. sampai ke PD pulak tue.. hehhe.. Senang betul hati aku. Boleh guna air sesuka hati aku. Dah sampai sana macam biasa la aktiviti kami mandi laut la..  

Waktu breakfast sebelum ke pantai. 

Ahad baru kami mandi laut. Sebelum ke pantai tu kami sarapan dulu kat warung tepi jalan. Syukri bukan main lagi, makan tak nak bersuap. Kalau kita tak bagi dia makan sendiri nanti dia terus tak nak makan. Lantak ko la nak, comot pun takpe.. kejap lagi nak terjun ke pantai. Warung ni dekat tepi jalan di telok kemang. Tak la sedap sangat. Sekadar untuk isi perut bole la.. Lepas siap makan kami terus ke pantai. 

Syukri masa mula2 En. Hubby bawak masuk air takot2 jugak dia. Bila dah lama2 dia syok pulak. Main lari jer terus pergi ke air.. Risau betul aku  tengok.. Che' Pah tak kuasa nak mandi. Dok melengko jer kat kerusi malas sambil layan angin laut. Syok betul aku rasa.. alhamdulillah nikmat tuhan.. Masa ni kami lepak kat Telok Kemang & sewa kanopi kecik RM25 unlimited time. Cukup la untuk kami bertiga. Kanopi tu termasuk sekali denga kerusi malas tiga, kerusi plastik macam kat warung tu dua dan satu meja kecil. Berbaloi la bagi aku. Kalau pegi satu keluarga besar sikit memang sangat berbaloi la.. Ok korang layan la gambar-gambar yer.. dah panjang sangat rasa nye Che' Pah membebel..

masa ni Syukri takot2 lagi dengan air

Bila dah berani gigih menarik En. Hubby ajak masuk dalam air.









0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Blog Che'Pah | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in