Notice Board


PROMOSI


Royal Slim Lishou Magic = RM 110.00 RM 99.00

Royal Detox Platinum = RM 130.00 RM117.00

Set Combo RSLM + RDP = RM 220.00 RM 210.00


EPHYRA set trial = RM 68.00

EPHYRA set premium = RM 180.00 RM 170.00

EPHYRA 2 set premium = RM 350.00 RM330.00

EPHYRA 3 set premium = RM 500.00 RM 470.00


TABITA SKIN CARE ( Exclusive ) = RM 280.00 RM 250.00

TABITA SKIN CARE ( Trial Premium ) = RM 150.00

TABITA SKIN CARE ( Trial Premium ) = RM 110.00


BELLEZA set trial = RM 100.00

BELLEZA set trial + 5 sachets = RM 135.00


Harum Malam = RM 40.00 RM33.00

Mistine Egg White = RM 20.00 RM 18.00




Saturday, 12 April 2014

Dobi Layan Diri

Last friday aku amik cuti. Sebab aku amik cuti nak repair kereta. Sepatutnya ni tugas En. Hubby, tapi disebabkan dia terlampau sibuk sampai minggu depan jadi aku terpaksa ganti tempat dia. Boleh nak tunggu lagi tapi aku takot maklumla la keta aku nie hari2 ulang alik KL - Bangi, Bangi - KL. Kang kalau rosak tepi jalan mati aku.. hahaaha... Lagi pon boleh anta anak kat rumah pengasuh. Aku tak suka nak anta anak rumah pengasuh time cuti. Memang dia ok & aku bayar overtime but not nice la kan.. pengasuh pon ada rumahtangga nak uruskan.

So, Jumaat tu aku sorang2 pegi repair kereta. Disebabkan aku sorang2, aku pilih untuk hantar kat bengkel di Wangsa Maju berdekatan dengan Jusco Alpha Angle. Lepas hantar kete aku pon jalan kaki ke  JuscoAlpha Angle. Cina tu kata 2-3 jam. Dalam hati kata lama betul..Apa la aku nak buat kt Jusco tu.. Dah lama tak jalan kaki, berpeluh jugak la ketiak Che' Pah ni. Sampai kat Jusco aku dok pusing-pusing tanpa arah & pikir nak lepak mana la 2-3 jam nie. Mula ingat nk lepak kat Starbuck tapi mak aii ramai betol orang. tak privasi la pulak.. hehhee.. macam artis la pulak aku ni kan. Pastu baru aku teringat Baskin Robin kat tingkat 2 tu selalu takde org lepak. So aku pilih Baskin Robin la untuk menghabiskan masa. Meleleh air liur teringat kat ais krim dia.. Hish.. macam mana la nak diet ni.

Sebelum ke Baskin Robin aku ke kedai buku MPH dulu cari bahan bacaan. Jadi takde la aku melanguk kosong jer kat situ. Kalau takat makan ais krim jer berapa minit sangat la kan.. Pusing lama-lama sikit kat MPH tu.. Nanti takde la kematu sangat punggung Che'Pah kat Baskin Robin tu. Semua buku aku nengok. Bila semua buku dh nengok mesti la tertengok buku untuk Toddler kan.. Apa lagi aku sambar satu buku utk Syukri & utk aku magazine jer.. 

Mmm.. terliur tk nengok eskrim Che'Pah. Perasa apa tak ingat sbb Che' Pah main tunjuk2 jer

Hasil rembatan kat MPH.

Masa melanguk kat Baskin Robin tue aku dok fikir kat mana la nak cari dobi layan diri nie.. Rumah aku dah 3 hari takda air. Takot sabtu ahad pon takda.. mana la tau kan.. Patut 2 hari jer takda air. Apa masalah pon aku tak tau. Kalau esok baru nak pegi mendobi sapa nak jaga Syukri pulak sebab sabtu ahad ni En. Hubby keje. Last week kami hantar kat dobi biasa. Tp makaih.. kemain mahal lagi.. almost Rm40 jugak la.. Google punya google jumpa la dobi layan diri Clean Pro dekat Sri rampai tak jauh sangat la dari tempat aku service kete ni. Ok settle.. lepas kete siap terus pegi kesana. 

Dobi Clean Pro Sri Rampai

Sampai2 kat dobi nasib orang tak ramai sangat. Maklumla aku ni sejak dh kawen kalau pegi mana2 sorang2 gabra sikit. Dulu sebelum kawen ok jer.. mugkin sbb dh biasa kemana-mana dengan En. Hubby.. Lagi2 pertama kali aku nak mendobi sendiri ni memang double gabra la aku.. Aku dah siap2 google macam mana nak guna dobi layan diri nie. Mula2 kena timbang baju kita, lepastu baru boleh pilih mesin samada 9kg 14kg 25kg. Aku pon kemain timbang baju aku.. nengok 7kg jer.. So.. aku pilih la mesin 9kg. Sekali sumbat2 baju tak muat.. memang berat 7kg jer tapi ade cadar Queen kain pelekat bagai memang tak muat la kan mesin 9kg sebab tube die kecik. Aku pon pi kuar kan suku masuk kt mesin 14kg. Suku plak tu.. bukan setengah.. yang selebihnya tu bole kira penuh jugak la tube tue. Sementara tunggu mesin tengah jalan aku pon borak dengan sorang budak pompuan ni. Dia kata tak payah timbang kak. Pilih mana2 mesin yang agak2 muat dengan baju kita dan masukkan jgn lebih dari garisan kat cermin penutup tue.. Garisan nya kat tengah2 maknanya separuh mesin jer.. Kalau lebih dia kata nanti tak bersih. Pastu dok teringat mesin 9kg tue aku sumbat hampir penoh. Abesla... memang tak bersih la baju aku.

Padahal bole jer kalau aku kuar kan sume tukar ke mesin 14kg or kalau tak muat jugak masuk jer ke mesin 25kg abes citer... Nengok punya kritikal perangai gabra aku kan. Disebabkan tu jugak baju yg penuh dalam mesin 9kg tu tak bersih.. Dah la membazir amik 2 mesin pastu tak bersih pulak. Nanti nak kering kan kena amik lg mesin lain RM4. Hmmm... kalau En. Hubby tau nie mesti aku kena bebel. Masa tengah tggu baju kat dryer orang dh mula ramai.. Budak yang aku sembang tadi pon dah balik. Apa lg macam kera sumbang la aku kt situ. Lepas siap jer kering aku terus kuar kan & packing2 dalam plastik. Masa kuar kn baju pon siap tersadung batu yang utk panjat amik baju kat dryer. Nasib tak tersungkur.. Kalau tak biru muka Che'Pah. Sekali sampai2 umah cek balik, ada baju yang tak bersih dannnnn ade banyak yang tak kering jugakkk... Sengal betulla.. Kalau aku tambah duit keringkn lama sikit bole jer tadi.. Budak yang aku sembang tu dah pesan suruh cek tp aku yang tak cek sebab gabra sangat org dah ramai kat situ... Pffttt... 

Belah atas dryer, belah bawah mesin basuh.. tue batu seketul yang aku tersepak hampir2 tersungku.. Benci kat batu tu.. Malu Che'Pah tau.. Nmpk sgt Che' Pah gabra kan..

Yang ni mesin tukar coin.. Mesin basuh & dryer kak situ hanya terima coin 50cen baru jer yer..

Dobi layan diri Clean Pro ni tak sedia kan sabun. Kalau tak bawak sabun kat situ ada soap vendor machine. Selain sabun kat mesin tu ade jugak softener, pengering aroma, laundry beg dan Oxygen bleach. Semua tue harga dia RM1 dalam kotak kecik untuk sekali guna. Pengering aroma yang aku suka. Bende ni pon mula aku tak tau utk apa & macam mana nak guna. Budak yang borak dengan aku tu yang bagi tau. Dalam dia macam kain sapu tangan berbau sangat wangi..Cara guna dia kita masukkan sekali dengan baju masa kt dalam dryer mesin. Lepas siap nanti baju kita wangiiii sangattt macam baju yang selalu kita amik kat dobi biasa tu.

Clean Pro soap vendor machine.

Disebabkan kesilapan aku kat Clean Pro aku cakap kat En. Hubby nak kena pegi dobi lagi malam nanti sebab ada baju lagi yang nak basuh. Kate kat dia lagi yang siang tadi tak bawak baju banyak sebab nak testing jer dulu...hehhee... Malam tu En. Hubby balik kol 11 & kebetulan ada lori Syabas kat bawah. Dia tukar2 baju terus turun amik air. Kesian dia.. mesti penat.. lepas tu nak ke dobi pulak.. Naseb dia ikut jer planning aku.. Tue yang buat aku sayang tu. takpe la sama2 kita berkorban. Malam tu kami ke dobi layan diri everyday kat setiawangsa sebelah ali maju. Kat Sri Rampai tu jauh katanya. Sampai dekat pukul 3 pagi kami kat situ. Dobi layan diri ni biasa nye 24 jam yer.. Tp tak tau pulak kalau ada yang tak 24 jam. Setakat dua ni yang aku pergi 24 jam.

Dobi Everyday layan diri.





Dekat dobi Everyday layan diri ni sabun free.. Boleh lagi jimat la.. tp bau sabun dia tak kuat sangat la macam sabun yang aku guna dekat clean pro tue. Dah nama pon free kan.. Mesin basuh & dryer yang ada 9kg & 14kg. Aku tak prefer sangat dobi ni sebab dia takde mesin yang jual sabun tu. Kalau ada mesin tu senang, In case kalau kita memerlukan laundry plastik tu bole beli kat mesin kan.. Sebab masa aku kat Clean Pro aku beli plastik tu. Aku tak bawak bakul. letak baju dalam plastik sampah jer.. masa bukak plastik nak amik baju plastik tu dah koyak. Maklumla.. plastik sampah kan nipis.. Naseb mesin tu ade jual laundry plastik tebal pulak tu. Kalau tak bertaburan la baju aku masa nak masukkn dalam kete.

Orait, panjang sangat dah aku bebel ni. Untuk memudahkan korang kat bawah ni aku letak Price List untuk kedua-dua dobi yang aku pegi. Musim-musim air kena catu ni mesti korang tercari-cari info kan..

Dobi Clean Pro

Clean Pro dryer machine ada 14kg jer..

Dobi Everyday

Satu kelebihan dobi Everyday ada kusi urut. Ni yg kat cawangan Setiawangsa sebelah Ali maju. Cawangan lain aku tak tau nyer..








Friday, 11 April 2014

Celcome to UMobile

Ni Che' Pah nak luah perasaan sikit. Sebab kan nak tukar line telefon ke network sevice provider lain huru-hara aku laki bini. Sampai En. Hubby dah give up tak nak tukar. Proses die punya la payahh.. Sambila bekali-kali En. Hubby ulang alik Celcome & Umibile. Mane nye mamat tu tak hangin. Tapi masalah nya aku berkeras juga nak tukar. Sejak aku berpindah kerja kat Bangi ni line Celcome teruk la.. korang bayang kan la phone aku bole takda line langsung dalam beberapa ketika. Atau pun orang call aku tak dapat. Padahal handphone aku ade kat sebelah & tak berbunyi pon. Tau-tau jer dapat msg dari Celcome kate ada miss call. Sekarang ni makin kerap pulak jadi macam ni. Ni aku cite part aku jer tau yang pakai Celcome. Bukan aku kata semua yer.. Mungkin tempat office aku ni tak berapa nak cover coverage dia. Jadi kepada sesiapa yang kerja kat Celcome dan baca celoteh aku ni tolong la maklumkan kat sapa-sapa yang berkenaan yer. Report kata kawasan Bandar Baru Bangi coverage tak ok.

Aku plan nak bertukar ke Umobile. Opismate aku yang recommend Umobile ni jimat katanya. Ditambah pulak ikut pengalaman dia line internet nya laju... Walaupun dia menggunakan prepaid laju je dia download apa2 pon. Lagi la aku tertarik korang sebab celcome aku ni kalau nak download or nengok Youtube la misalnya kemain lembab lagi korang tau tak. Lepas tue pikir punya pikir payah sangat aku nak tukar line aku ni. Terminate jer la terus line Celcome pastu amik jer la prepaid Umobile abis citer.. Pakai jer nombor lain. En. Hubby terpulang pada dia lagi pun dia yang kena uruskan everything. Dia punya senang sebab dia main number. Aku yang duduk kat bawah dia ni yang payah.. Orait kat bawah nie aku ada tempek jadual untuk pakage2 yang ada untuk Umobile. Check it out....


Pakej untuk line or postpaid.


Pakej untuk prepaid.





Tuesday, 8 April 2014

Air..Oh..Air..

Seperti yang korang sedia maklum sekarang ni negeri selangor sedang mengalami krisis air. Sebelum ni aku takde la mengikuti sangat pasal krisis air nie. Sebab aku duduk area KL kan. Tapi ada la baca kat blog-blog lain dok cerita pasal jimat air dan secara tak langsung aku berjimat jugak la air kat rumah tu. Masa tu ada jugak terbayang kalau rumah aku air kena catu 2 hari sekali macam dia orang mesti la susah kan. Dengan ada anak kecik. Memang payah la..

Sekali tup..tup.. Sabtu pagi dalam pukul 9 lebih air takde. Mengelabah jugak la aku waktu tu. Mana tak nya, dengan baju aku laki bini & anak tak berbasuh lagi. Nasib pinggan mangkuk dalam sinki clear. Lega sikit rasa. Sekali tengok cek botol susu anak semua tgh berendam. Betul2 tinggal satu jer yang bersih. Botol yang tak berbasuh ada 6 botol ok. Malam tadi kepenatan terus tido tak cuci botol. ha.. ni la padah nya. Kami ada simpan air, tp satu tempayan plastik jer.. memang tue satu je pun tempayan yang ada. 

Satu tempayan tu bukan nya cukup. aku sorang je kalau mandi dah guna suku tempayan. Anak berak kencing lagi. Nak basuh botol susu anak lagi la guna banyak air. Pastu aku pon gigih la google nengok jadual catuan air untuk kawasan rumah aku. Memang sah la kawasan aku kena sekali 2 hari ada air 2 hari takde air selama lebih kurang sebulan ni atau mungkin dilanjutkan. Then En. Hubby kata bungkus semua baju kotor hantar kat dobi..ok settle pasal baju. Botol pulak macam mana sayang. Aku pulak dah la jenis suka memerut. Pantang makan lepas tu mesti la nak memerut. Mesti la tak cukup air tu kan. Hahah.. macam2 aku ni kan. Padahal kalau jimat-jimat cukup jer air tu sampai hari Ahad. Last-last susah sangat nak fikir En. Hubby kata kita check-in hotel jer la..

Aku dah dengar macam tu apa lagi lompat bintang la kan.. Dah alang-alang nak chek-in baik ler kita check-in kat PD. Boleh short holiday terus.. Syukri pun belum pernah mandi pantai lagi. Tapi sebelum pegi tu kami pegi cari tong besar dulu. Satu tong RM79 tawar punya tawar dapat la dua tong RM100 terus angkat masuk dalam kereta. Settle packing semua kami terus gerak pegi PD. 

Kat sana kami check-in kat Corus resort jer.. Sampai2 hotel jer aku terus cuci botol susu Syukri. Dah macam tujuan utama check-in hanya nk basuh botol susu pulak kan.. sampai ke PD pulak tue.. hehhe.. Senang betul hati aku. Boleh guna air sesuka hati aku. Dah sampai sana macam biasa la aktiviti kami mandi laut la..  

Waktu breakfast sebelum ke pantai. 

Ahad baru kami mandi laut. Sebelum ke pantai tu kami sarapan dulu kat warung tepi jalan. Syukri bukan main lagi, makan tak nak bersuap. Kalau kita tak bagi dia makan sendiri nanti dia terus tak nak makan. Lantak ko la nak, comot pun takpe.. kejap lagi nak terjun ke pantai. Warung ni dekat tepi jalan di telok kemang. Tak la sedap sangat. Sekadar untuk isi perut bole la.. Lepas siap makan kami terus ke pantai. 

Syukri masa mula2 En. Hubby bawak masuk air takot2 jugak dia. Bila dah lama2 dia syok pulak. Main lari jer terus pergi ke air.. Risau betul aku  tengok.. Che' Pah tak kuasa nak mandi. Dok melengko jer kat kerusi malas sambil layan angin laut. Syok betul aku rasa.. alhamdulillah nikmat tuhan.. Masa ni kami lepak kat Telok Kemang & sewa kanopi kecik RM25 unlimited time. Cukup la untuk kami bertiga. Kanopi tu termasuk sekali denga kerusi malas tiga, kerusi plastik macam kat warung tu dua dan satu meja kecil. Berbaloi la bagi aku. Kalau pegi satu keluarga besar sikit memang sangat berbaloi la.. Ok korang layan la gambar-gambar yer.. dah panjang sangat rasa nye Che' Pah membebel..

masa ni Syukri takot2 lagi dengan air

Bila dah berani gigih menarik En. Hubby ajak masuk dalam air.









Monday, 7 April 2014

Suntikan Influenza untuk bayi

Entry kali ni aku nk cerita pasal suntikan influenza. So kita serious sikit yer.. hehehe. Suntikan Influenza ini adalah suntikan optional vaksin yang boleh diambil oleh orang dewasa dan kanak-kanak selain bayi. Vaksin ini mengandungi virus tidak aktif yang akan disuntik kedalam badan. Setelah suntikan dibuat badan akan mengenalpasti virus ini dan sekaligus akan memberikan perlindungan yang sepatutnya kepada badan kita sekiranya virus tersebut menyerang. 

Suntikan ini boleh melindungi diri kita daripada dijangkiti wabak influenza, H1N1, H3N2 dan influenza B. Wabak influenza boleh berjangkit melalui udara. fuhh! scary betol kan. Sekiranya persekitaran kita tercemar dengan virus ini maka kita berisiko dijangkiti influenza. Virus H1N1 pernah mengemparkan negara kita satu ketika dulu. Kita dikejutkan dengan kematian yang mendadak disebabkan virus ini. 


Ketiduran selepas cucuk.


Wabak influenza atau demam selsema bermusim ialah sejenis penyakit pernafasan berpunca daripada jangkitan virus selsema. Seperti sedia maklum la kan kalau dijangkiti virus selsema dan berpanjangan boleh menyebabkan kita  mengalami radang paru-paru seperti asma, bronkitis, pneumonia dan yang paling bahaya penyakit pneumokokal.

Disebabkan Syukri dah beberapa  kali dimasukkan ke hospital disebabkan radang paru-paru ni. Dr. Nomee Ashikin peed masa Syukri kat Ampang Puteri suggest aku untuk ambil suntikan Influenza dan Pneumokokal. Dua suntikan ni memang digalakkan ambil untuk bayi teruma yang dihantar ke pusat asuhan atau taska. Suntikan influenza ni kita kena ambil setahun sekali.  Lepas keluar hopital hari tu tak boleh terus ambil sebab masa tu Syukri belum pulih sepenuhnya. Menurut Dr. Nomee, vaksin tidak bole diambil sewaktu badan tidak sihat kerana badan kita tengah struggle melawan penyakit. Jadi kalau suntik waktu tu ia tidak berkesan atau akan memudarat. Jadi membazir la suntikan tu kan..


Lepas keluar hospital hari tu Syukri masih lagi ada batuk dan selsema sikit-sikit. Aku jaga dan pantang betul-betul supaya batuk dan selsema dia tidak melarat. Sejak kena Pneumonia susah betul dia nak pulih dari batuk dan selsema. Macam-macam aku buat, bagi madu, elakkan dia daripada sejuk, pagi mandi tak basah kepala termasuk bagi dia hati unta. Terima kasih sangat kat pengasuh dia tolong carikan hati unta. Akhirnya aku berjaya bebaskan dia daripada batuk dan selsema. Alhamdulillah.. lega sangat rasa.. 

Lepas dari tu kami balik kampung terus kami cari suntikan influenza. Kawan aku cakap optional vaksin kalau kat kampung murah sikit daripada kat KL ni. Kami pon gigih cari satu Batu Pahat nie. Susah jugak nak cari suntikan influenza ni. Kebanyakkan klinik takda stok. Akhir nya aku jumpa dekat Putra Specialist Hospital. Memang betul la murah RM90 jer. Kalau klinik di KL rata-rata yang aku survey RM100++. Lepas dah cucuk ni lega betul aku rasa. Planning lepas ni nak ambil suntikan Pneumokokal pulak. Pasal Pneumokokal ni nanti tunggu aku share dekat entry lain yer.. 




Monday, 7 April 2014

Tuan Muda keluar masuk hospital

Salam semua lama sangat dah Che' Pah tak menulis nie. Semenjak 2 menjak nie Che' Pah sibuk la sangat. Tak berkesempatan nak jengah blog kesayangan Che' Pah ni. Tuan Muda Che'Pah keluar masuk sepital sepanjang Januari hingga la ke Mac. Baru nie la Che' Pah ada kelapangan, Tuan Muda pon alhamdulillah sudah pulih dari sakit nye. Start Januari aritu lepas balik Langkawi Tuan Muda Che' Pah kena Pneumonia. Mula dengan batuk dan selsema yang berpanjangan membawa kepada Pneumonia (paru-paru jangkitan kuman). Masa tu kat kampung Che' Pah Batu Pahat, Johor. Warded la si kenit tu di Hospital Sultanah Nora Ismail. Masa tue tuhan je la yang tahu perasaan Che'Pah. Maklumla pertama kali Tuan Muda Che' Pah jatuh sakit sampai warded. Bukan main panik lagi Che' Pah waktu perasan nafas anak laju. Korang kalau anak batuk selsema tue, rajin-rajin la cek pernafasan anak. Kalau anak bernafas laju dari biasa, perut die kembang kempis tu makna nya ada yang tak kena la tue dengan paru-paru anak. Cepat-cepat la bawak hospital. Tak payah nak tunggu smpai budak bernafas nampak tulang dada bagai. Siksa budak tu. Cuba kalau kita kena macam tu. Bayangkan la siksa tak siksa. Ni kan pulak budak.. 

Second time on Febuari Syukri on off lagi selsema & batuk. Masa tu pulak tengah musim. Anak-anak lain di rumah pengasuh pun batuk dan selsema jugak. Masa tue risau betul Che' Pah kalau dia kena sekali lagi. Dalam berjaga-jaga tu sekali laju Syukri bernafas laju. Terus kami laki bini bergegas pergi ke Ampang Puteri Specialist Hospital. Kali ni bukan Pneumonia but Bronkitis. Kahak penuh pada paru-paru dia, tue yang dia bernafas laju. 2 hari kami menginap disitu. Alhamdulillah ward selesa.. jadi tak la terasa penat sangat.

.
2nd time warded di Ampang Puteri Specialist Hospital.

Tetap aktif seperti biasa walaupun tidak sihat.


3rd time end of March sekali lagi Syukri kena Bronkitis. Aku dah risau gila dah masa nie dok fikir apa la yang tak kena dengan Tuan Muda aku ni. Kali nie lama kami di Ampang Puteri. 7 hari kami menginap disitu. Sepanjang kami di situ sehari 2 kali Syukri kena buat sedut kahak & nebulizer 4 jam sekali. Menurut peed untuk Bronkitis memang dua cara itu saja rawatan dia. Memang siksa la tengok anak meronta masa sedut kahak tu. Tapi untuk kebaikan dia terpaksa la kami turutkan. Hati ibu biasa la kan... Lepas tiga hari kami kat sana Syukri kena Rotavirus la pulak. Allah-hu-akbar dugaan betul masa tue. Kesian betul kat Syukri sampai susut badan dia kena cirit birit.. Waktu tue sampai berdoa mintak tuhan pindahkan penyakit Syukri kat aku. Makan langsung tak nak. Susu minum sikit jer.. kalau dah macam tu apalagi kena dripping la.. Masa Syukri kena dripping memang mencabar betul jaga dia. Tak nak duduk kat katil, nak berjalan jer.. orang baru dapat kaki la katakan. Ayah dia sampai usung tiang dripping tue ikut die berjalan sana-sini. Gigih betul suami aku melayan kerenah Syukri.

3rd time warded

Anak bapak nie memang tak bole dipisahkan


Alhamdulillah lepas keluar hospital kali ketiga tu sampai sekarang Syukri sihat. Tapi kami masih lagi pantau dan pantang kan apa yang perlu untuk dia tak kena bronkitis lagi. Risau betul aku kalau penyakit die ni kekal sampai besar. Kalau dah besar kita panggil asma la kan. Kalau boleh tak nak dok hospital lagi.. Puas dah duduk seminggu kat situ. Balik dari hopital tu, punya la sakit badan-badan ni... 



 
Copyright © Blog Che'Pah | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in