Notice Board


PROMOSI


Royal Slim Lishou Magic = RM 110.00 RM 99.00

Royal Detox Platinum = RM 130.00 RM117.00

Set Combo RSLM + RDP = RM 220.00 RM 210.00


EPHYRA set trial = RM 68.00

EPHYRA set premium = RM 180.00 RM 170.00

EPHYRA 2 set premium = RM 350.00 RM330.00

EPHYRA 3 set premium = RM 500.00 RM 470.00


TABITA SKIN CARE ( Exclusive ) = RM 280.00 RM 250.00

TABITA SKIN CARE ( Trial Premium ) = RM 150.00

TABITA SKIN CARE ( Trial Premium ) = RM 110.00


BELLEZA set trial = RM 100.00

BELLEZA set trial + 5 sachets = RM 135.00


Harum Malam = RM 40.00 RM33.00

Mistine Egg White = RM 20.00 RM 18.00




Thursday, 19 December 2013

Opis Baru..

Hari Jumaat yang lepas opis aku officially berpindah ke Bangi. maka dengan itu aku kena la berulang pagi-pagi buta dari rumah aku di Keramat ke opis aku di Bangi ni. Bermula la episod bangun pukul 5.00pg setiap hari. Setakat dah 5 hari aku berulang nie, alhamdulillah ok jer.. cume penat sikit la.. buat mase ni keadaan masih belom stabil lagi.. tengah nak menyesuaikan diri.

Memandangkan rumah aku satu kawasan dengan Alin. maka kami pon ber'CarPool' bergili-gilir seminggu-seminggu. Jadi selamat la sikit poket kami dari koyak rabak. Rutin setiap hari, aku akan tunggu Alin jam 6.30pg kat bawah blok. Sayup betol hati aku nak tinggalkan anak bujang aku tu pepagi buta. Tapi nak buat macam mana, terpaksa berkorban demi untuk mencari sesuap nasi.. eceewahhh...


Inila dia Alin. Waktu ni turn naik kereta dia. Jadi aku boleh la snap2 gambar dan update sana-sini. Syok betol seminggu aku dapat jadi penumpang.. hehehe.. thanks Alin.. Minggu depan turn ko pulak yer..



Ini waktu pertama kali kami sampai kat sini. Mak..aih! berdebu gile.. kalau sesiapa yang tak tahan habuk, confirm jatuh sakit. Kami bergotong-royong beramai-ramai membersihkan kawasan. Yang perit nyer, air-cond kat department kami nie rosak. Bila On jer shorting. Bermandi peluh kami beramai-ramai menyapu dan mengemop lantai. Tak selesa betul aku rasa waktu tu.


 Yang kat atas ni keadaan opis selepas dibersihkan.. Nampak tu ada banyak kipas kaki. Itu pon baru dapat bantuan kipas selepas 4 hari bersauna. Pecah lemak-lemak mak tauu..


Haa.. tuu diaa.. aku punya kipas betol-betol depan muka. Kipas ni aku kongsi dengan Alin. Dia duduk sebelah aku jer.. 


Yang ni first lunch kami kat luar.. kat Restoran Ayam Penyet AP. Pertama kali explore sendiri Bandar Baru Bangi, terpusing-pusing kami tanpa arah.. siap masuk jalan yang melawan arus lagi.. hehehe..



Waa.. Syukri nak ikot ibu pegi kejaa... camtu la agak nya anak aku meraung dalam hati. Sayup hati aku nengok anak aku ni. Tetapi terpaksa jua ku langkahkan kaki.. hahaha bermadah pulak aku kann.. Waktu ni tengah hantar dia kat rumah pengasuh.. Takpe Syukri nanti ibu cuti kita spend time puas-puas yer... T_T 





0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Blog Che'Pah | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in