Notice Board


PROMOSI


Royal Slim Lishou Magic = RM 110.00 RM 99.00

Royal Detox Platinum = RM 130.00 RM117.00

Set Combo RSLM + RDP = RM 220.00 RM 210.00


EPHYRA set trial = RM 68.00

EPHYRA set premium = RM 180.00 RM 170.00

EPHYRA 2 set premium = RM 350.00 RM330.00

EPHYRA 3 set premium = RM 500.00 RM 470.00


TABITA SKIN CARE ( Exclusive ) = RM 280.00 RM 250.00

TABITA SKIN CARE ( Trial Premium ) = RM 150.00

TABITA SKIN CARE ( Trial Premium ) = RM 110.00


BELLEZA set trial = RM 100.00

BELLEZA set trial + 5 sachets = RM 135.00


Harum Malam = RM 40.00 RM33.00

Mistine Egg White = RM 20.00 RM 18.00




Wednesday, 25 December 2013

Weekend #001 - Sogo > Low Yatt > Empire Shopping Gallery

Dari tajuk pon korang dah tahu aku pegi mana last weekend. Biase la kalau duduk kat KL nie mana lagi nak pegi nyer kalau bukan shoping kompleks. Sabtu aku pegi sogo cari kasut. Tapak kasut aku dah naik hancur dah.. Bukan tak nak beli tapi cari kasut nie memang masalah besar bagi aku. Maklumla kaki besar macm kaki gajah. Kaki aku dah la memang sedia ada besar, lepas aku pegnant tambah lagi satu saiz kaki aku. Tension betol. Pening Arrr.... (gaya shuib sepahTu). Kalau susah-susah sangat aku pakai kasut lelaki jer la.. belambak-lambak saiz besar. Tapi masalah nyer mak nak jugak melaram kasut kaler-kali beropol bagai kan. Hmm.. terpaksa la cari jugak walaupun payah. Kebetulan masa tu Sogo tengah sales krismis. Apa lagi terbabas la mak punya budget shopping. Selalu cenggitu tau...geleng kepala laki mak..

Nie gambar masa kat sogo.. 

Yang nie mase sebelum pegi sogo. Pagi tu kami tinggal berdua kat rumah, En. Hubby pegi amik test kat opis. Korang tau jer la kan Syukri kalau duduk rumah berdua dengan aku memang di ragging aku cukup2. Tak nak berenggang langsung dengan aku. Aku nak pegi Shi-Shi pon susah korang tau. Dalam pukul 10pg aku masukkan dia dalam buaian pastu 10.30pg dia dah bangun. Bole tido kejap cenggitu.. berasap jer aku dengan si kenit nie. Mase tue aku tengah prepare dia punya lunch. Lepas kuar buaian aku letak dia depan TV dengan mainan selonggok. Pastu aku bla jer die menangis bukan main lagi.. Sudah nyer aku bawak dia ke dapur aku bagi dia main dengan periuk belangga. Haa.. baru la dia leka tak kacau aku.. bukan main dia bertukang lagi dengan periuk belanga tue. Suka ati ko la nak.. janji ko senyap & tak kacau ibu ni.


Ahad kami pegi ke low yatt untuk cari antivirus. First time aku cari antivirus untuk phone. Selalunya sebelum nie biasa nyer aku cari untuk PC jer.. Meragau jugak la dalam tue tanya sana sini. Yang aku pelik nya, takde satu pun kedai handphone yang jual antivirus. Tanya punya tanya ade sorang cina tu suruh kami pegi tingkat 3 tempat kat kedai yang jual software. Kedai yang jual software original tau.. bukan yang ciplak2 tu. Dah sampi atas ragu-ragu jer aku nak tanya antivirus untuk tablet phone sebab aku masih tak percaya kedai handphone takde jual antivirus untuk handphone..heheeheh... degil betul aku nie kan, susah nak percaya cakap orang.. heheheh...  Sekali betul daa ada jual kat situ. Kami pon tawar menawar & terus sambar.


ha.. ini la rupa bentuk antivirus yang aku cari. Siap dengan harga sekali. Dalam tue takde CD. Yang ada cuma seriel key jer.. Application kena download dulu dekat play store. Pastu masukkan key utk activation. Tak pon korang ikut bulat2 kat kertas instruction yang dia bagi. Confirm berjaya.

Orang nak bayo tiket parking dia pon sibuk la nak tekan2 mesen tu.

Disebabkan waktu masih awal lagi, aku pon deside nak pegi jumpa BFF aku kat Subang Jaya. Aku dah rindu sangat dengan anak dia Rania. Rania tu aku bela dari dalam pantang lagi okk. Budak tu dah jadi macam anak aku dah.. Kebetulan pulak BFF aku tengah lepak kat Empire Shoping Gallery. Jadi kami pun berdesup terus ke sana. Sampai kat sana kami lepak-lepak sambil minum petang pastu abeskan mase kat Toy'r'us. Macam tue ek ejaan dia. lebih kurang la, janji korang paham.. hehehhe... Dah puas kat situ nengok toys kami pon berangkat pulang. Maklum la esok nyer koje.. tak bole lepak lama-lama.. korang layan la gambar2 masa dekat Empire Shopping Gallery yer.. Daa... (Babai ala indon)... hahahaha...

Camera 360 buat muka kami laki bini jadi gebuss... hehhehe...


My BFF & my En. Hubby with our kids.. 

Rania sangat manja dengan suami aku & suka sangat dengan Syukri.. 


    ...My Boy...



Thursday, 19 December 2013

Opis Baru..

Hari Jumaat yang lepas opis aku officially berpindah ke Bangi. maka dengan itu aku kena la berulang pagi-pagi buta dari rumah aku di Keramat ke opis aku di Bangi ni. Bermula la episod bangun pukul 5.00pg setiap hari. Setakat dah 5 hari aku berulang nie, alhamdulillah ok jer.. cume penat sikit la.. buat mase ni keadaan masih belom stabil lagi.. tengah nak menyesuaikan diri.

Memandangkan rumah aku satu kawasan dengan Alin. maka kami pon ber'CarPool' bergili-gilir seminggu-seminggu. Jadi selamat la sikit poket kami dari koyak rabak. Rutin setiap hari, aku akan tunggu Alin jam 6.30pg kat bawah blok. Sayup betol hati aku nak tinggalkan anak bujang aku tu pepagi buta. Tapi nak buat macam mana, terpaksa berkorban demi untuk mencari sesuap nasi.. eceewahhh...


Inila dia Alin. Waktu ni turn naik kereta dia. Jadi aku boleh la snap2 gambar dan update sana-sini. Syok betol seminggu aku dapat jadi penumpang.. hehehe.. thanks Alin.. Minggu depan turn ko pulak yer..



Ini waktu pertama kali kami sampai kat sini. Mak..aih! berdebu gile.. kalau sesiapa yang tak tahan habuk, confirm jatuh sakit. Kami bergotong-royong beramai-ramai membersihkan kawasan. Yang perit nyer, air-cond kat department kami nie rosak. Bila On jer shorting. Bermandi peluh kami beramai-ramai menyapu dan mengemop lantai. Tak selesa betul aku rasa waktu tu.


 Yang kat atas ni keadaan opis selepas dibersihkan.. Nampak tu ada banyak kipas kaki. Itu pon baru dapat bantuan kipas selepas 4 hari bersauna. Pecah lemak-lemak mak tauu..


Haa.. tuu diaa.. aku punya kipas betol-betol depan muka. Kipas ni aku kongsi dengan Alin. Dia duduk sebelah aku jer.. 


Yang ni first lunch kami kat luar.. kat Restoran Ayam Penyet AP. Pertama kali explore sendiri Bandar Baru Bangi, terpusing-pusing kami tanpa arah.. siap masuk jalan yang melawan arus lagi.. hehehe..



Waa.. Syukri nak ikot ibu pegi kejaa... camtu la agak nya anak aku meraung dalam hati. Sayup hati aku nengok anak aku ni. Tetapi terpaksa jua ku langkahkan kaki.. hahaha bermadah pulak aku kann.. Waktu ni tengah hantar dia kat rumah pengasuh.. Takpe Syukri nanti ibu cuti kita spend time puas-puas yer... T_T 





Wednesday, 18 December 2013

Syukri's Birthday 1yr Old - 09/12/13

8 Dis 13 aritu aku ada buat majlis harijadi Syukri. Tarikh birthday dia sebenarnya 9hb Dis. Tapi disebabkan tarikh tu jatuh pada hari Isnin, jadi aku buat la majlis tu hari Ahad 8hb Dis. Alhamdulillah ramai jemputan yang hadir. Thanks kepada yg memberi hadiah & angpow untuk Syukri. Bukan hadiah yang aku harapkan yer.. korang jangan salah paham pulak. kehadiran korang memeriahkan majlis kami pun dah cukup. Tema untuk majlis pada hari tu adalah 'ELMO'. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun mase tue rumah aku terputus bekalan air.

Bayangkan la dengan sedara mara ramai kat rumah aku. Boleh pulak air takde malam sabtu  mase tengah sibuk-sibuk buat persiapan. Gelabah jugak aku time tu dengan kek tak buat lagi. Planning nk tambah dua biji kek selain kek birthday. Disebabkan takde air, sebiji jer la kek yg mampu aku buat T_T. Nasib sedara mara yg datang ramai lelaki bujang. Mereka la yang dok mengangkat air berbaldi-baldi untuk bekalan di rumah. Terima kasih tak terhingga kat dieorang ni. Kalau dieorang ni takde matik la makcik.

Untuk majlis nie ade jugak yang aku prepare sendiri. Ade yang aku order jer dekat orang. Sticker semua aku design dan print sendiri. Mak nak budget kosss... Kalau semua nak order, koyak rabak la poket aku jawabnye, Makanan ada yang katering ada yang masak sendiri. Menu yang masak sendiri adalah laksa johor. Mesti la bukan aku yang masak..makcik En. Hubby yang masak. Special okk.. Ramai cakap sedapp. Pasni bole mintak tolong makcik masakkan lagi.. ;-). 


Ok korang layan la gambar yang ada. Yang ini pun kutip-kutip dari orang lain.




Yang ni Birthday invitation kad. Aku design sendiri2 jer..


Kek Birthday.
Korang jangan kompius pulak, Nama kat kek tue nama sebenar Syukri.
Masa dia 3 bulan kami panggil dia Syukri sebab selalu menangis. Mungkin nama tu tak sesuai dengan dia.


Sebahagian belon yang tinggal. Bebudak dah kidnap awal-awal.






Kek yang macam bulu-bulu tue aku buat sendiri. Snow Cheese Kek nama dia.. Habis Licin kauu.. ;-)
Kek birthday pon licin..



 Yang ni Candy Buffet. Aku tempah dengan opismate aku. Sesiapa yang berminat bole PM dia dekat FB 'Syahidah Nyer'. Candy buffet sekali include dengan kek Birthday.


Syukri bad mood sikit masa nie. Biase la baby.. Mood susah nak dijangka. Eh! baby lagi ker?? Toddler dah anak ibu ni..



En. Hubby memainkan peranan. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah dikenang selamanya..


Me & tokey Candy Buffet

Buah tangan untuk jemputan. Yassin tu aku tempah, sticker kat paper bag tu aku design & print sendiri. Design simple2 je.. kalau korang berminat nak tempah yassin macam aku tue korang bole PM sendiri dengan 'Citrakaseh Printing n Gifts' di FB

Air mineral yang dekat dalam paper bag. Sticker design & print sendiri jugak..



Yeah.. this is my baby on 9 dis 2014. On his birthday... ibu luv u baby... forever & ever... Nak pegi klinik mase nie sebab dia tak sihat since the last Friday lagi... Cian mucuk2 ibuu.. Now alhamdulillah dh sihat..



Oooyer.. sebelum aku tamatkan post ni. aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Whitey Mommy untuk mendesign blog aku ni. Kalau sesiapa yang tengah mencari-cari orang untuk design blog korang, korang boleh la nengok2 hasil-hasil kerja whitey mommy ni. Aku memang recommend la kat korang. Servis dia tip top!!.



 
Copyright © Blog Che'Pah | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in