Salam Jumaat semua. kepada kaum adam jangan lupa semayang jumaat yer.. biasala hari jumaat ni waktu rehat panjang. Jadi boleh la aku update blog kejap. Rasa nya lama dah aku tak citer pasal anak bujang aku kan. Haa.. anak bujang terus aku panggil sbb dah pandai berlari dah kan. tak bole panggil baby lagi dah.. Syukri sekarang sejak dah dapat kaki ni bukan main lagi. Macam-macam kerenah dia buat. Now tengah aktif panjat memanjat ni. Pengsan aku asyik nak kena turun kan dia jer.. Memula panjat sofa dulu pastu katil, now dah start panjat coffe table pulak dah. Dah la coffee table aku dekat dengan balang-balang kaca aku kt dapur. Bahaya betol la.. Kena alih jugak coffee table tu letak ke tempat lain.
Korang nengok kat gambar tu. Kemain lagi dia panjat kan. Biasa la kan anak nak membesar mesti la macam-macam progress yang di buat nye. Kang takde progress risau pulak kan. Mula la kita tertanya-tanya, tak normal ke anak kita ni. Tapi korang jangan salah paham pulak ingat aku nak menunjuk-nunjuk progress anak aku tau. Kang ade pulak yang komen pulak kata aku poyo la.. kate macam aku sorang ada anak la... NO..NO..NO.. jangan macam tu. Tak baik tau. Perkembangan anak kita semua lain-lain tak sama yer... ni aku citer anak aku,
Kalau nangis sekarang dah padai panggil AYAH...AYAH..AYAH.. nampak, huruf besar disitu.. Mane tak nye, ibu ko macam singa kan. Kalau dengan ibu semua tak boleh. Kalau dengan ayah ko semua boleh. Kalau dengan ibu jer mesti nangis. Kalau dengan ayah, ayah ko layan kan jer.. mesti la suka ayah lagi daripada ibu kan. Hahahaha... emo ker aku??? hehehe.. takde la.. mana-mana la Syukri, sama jer ibu tak kesah. Kalau dah besar nanti kamu baca blog ibu ni, sini ibu nak bagi tahu. Setiap yang ibu marah dan larang tu ada sebab dan kebaikkan nya. Jangan ingat ibu marah Syukri ibu tak sayang. Sebab sayang la ibu kena buat semua tu. Tanggungjawab ibu untuk didik Syukri menjadi seorng yang sempurna.
Aku pun kalau marah Syukri takde la aku rotan ke ape ker. Tu dah macam mendera pulak.. Marah biasa-biasa jer. Bagi dia takot sikit2. Takkan kita tak tegur langsung kan.. kang tak jadi orang anak aku.. hehehe..
Habis mentol lampu pun nak di makan nya..
