Notice Board


PROMOSI


Royal Slim Lishou Magic = RM 110.00 RM 99.00

Royal Detox Platinum = RM 130.00 RM117.00

Set Combo RSLM + RDP = RM 220.00 RM 210.00


EPHYRA set trial = RM 68.00

EPHYRA set premium = RM 180.00 RM 170.00

EPHYRA 2 set premium = RM 350.00 RM330.00

EPHYRA 3 set premium = RM 500.00 RM 470.00


TABITA SKIN CARE ( Exclusive ) = RM 280.00 RM 250.00

TABITA SKIN CARE ( Trial Premium ) = RM 150.00

TABITA SKIN CARE ( Trial Premium ) = RM 110.00


BELLEZA set trial = RM 100.00

BELLEZA set trial + 5 sachets = RM 135.00


Harum Malam = RM 40.00 RM33.00

Mistine Egg White = RM 20.00 RM 18.00




Monday, 6 January 2014

Si kenit suka Ngamok..

Sejak Syukri 1yr ni dia kerap dan cepat mengamuk. Ceewek pon sama... korang tau ker ceewek tu apa?? heheheh ceewek tue maksud nyer 'mudah menangis' sensitif sangat die. Anjer sangat pon iyer anak aku sekarang ni. Pantang silap sikit, mesti dia nangis atau ngamuk. Aku kadang pon boleh hilang sabar. Aku kalau dah tak boleh nak sabar sangat aku bla jer tinggal dia kejap. hehehe... pastu nengok dia dah cool sikit aku datang balik pelok2 dia. Rasa kesian plak bila aku tinggal dia gitu jer. Biasa la hati mak mane la sampai nak buat macam tu. Tapi kalau aku layankan lagi teruk nanti perangai dia.

Sebagai ibu muda yang kurang pengalaman aku pon search la kat Cik google pasal benda ni. Aku nak tau cara yang betul untuk aku menangani masalah anak aku sekarang ni. Muda ke aku??.. mata ke atas tangan kt bahu... hehehehe.. so, kat sini aku share sikit la dari apa yang aku dapat. Perilaku ni lebih dikenali sebagai tantrum. Biasanya berlaku pada usia anak kita 1-4 tahun.

Beberapa contoh perilaku tantrum :
- menendang
- menjerit
- menggigit
- melemparkan barang-barang
- memukul
- menghentakan kaki
- menangis sambil berguling di jalan.

Tantrum adalah cara untuk anak mengekspresikan rasa marah atau kecewa anak sekiranya kita tidak memenuhi keinginan nya. Kalau anak kita merasa bosan, lapar atau mengantuk biasanya anak akan tantrum untuk mengekspresi apa yang dirasa sebab anak susah untuk meluahkan dengan kata-kata.

Cara-cara mengatasi masalah tantrum :

Usahakan supaya kita tetap tenang dan tidak memukul anak.
 Kita selalu menjerit membalas teriakan anak dan memukul nya. Dengan cara itu kemarahan anak akan semakin menjadi-jadi. Lebih baik kalau kita datang dekat dan peluk anak dengan perlahan supaya anak merasa tenang dan kita minta anak meluahkan kemarahan nya dengan kata-kata dan bukannya dengan perbuatan.

Sekiranya anak kita masih keras walaupun setelah kita beritahu dengan baik, tak salah sebagai ibu bapa kita berkeras sedikit dengan suara yang tegas dan agak kuat. Dengan cara macam tu anak akan faham yang kelakuan nya itu (tantrum) tidak baik dan tadak boleh diterima langsung.

Tidak memberi sebarang ganjaran atau hadiah untuk menghentikan anak tantrum
Sekiranya kita menurut kehendak anak atau bagi apa yang di inginkan untuk menghentikan kemarahan anak. Kemungkinan besar kelak anak akan mengulangi perbuatan yang sama untuk memenuhi setiap kehendak mereka.

Elakkan anak berada pada tempat yang terdedah dengan bahaya
sekiranya anak memberontak di tempat awam. jangan sekali-kali kita meninggalkan anak begitu sahaja di depan orang ramai. Bawalah anak ke tempat yang lebih privasi dan aman seperti di dalam kereta dan berbincang tentang kelakuan buruknya atau pun kita boleh menunggu sahaja di luar kereta sehingga anak kita boleh mengawal emosi. Apabila anak sudah betul-betul tenang kita berbincang tentang kelakuan buruknya itu dan sambung aktiviti kita yang selanjutnya.

Sebaiknya jangan kita amil pusing dengan orang sekeliling yang melihat kita memaksa anak keluar dari tempat awam dalam keadaan anak menangis meraung-meraung. Mereka boleh faham yang kita sedang berusaha mendisiplinkan anak kita.

Apabila tantrum berlaku di rumah, kita letakkan anak di dalam bilik yang selamat sebagai tempat hukuman dalam masa beberapa minit. Sekiranya anak terlalu agresif kita temankan dia sekali di dalam bilik dan tunggu sehingga dia kembali tenang. Semasa kita menemakan dia di dalam bilik, abaikan rengekan dan tidak membuat kontaks mata. Kita hanya mula berbicara dengan anak ketika dia sudah betul-betul kembali tenang.

Alihkan perhatian anak
Bila anak kita mula menunjukkan tanda-tanda tantrum, kita cepat-cepat alihkan perhatian anak dengan mengajak dia ke tempat lain yang lebih dia senangi atau berguarau lucu sambil memeluknya.

Cara-cara mencegah terjadinya tantrum:

Ibu bapa harus tegas dan konsisten
Ia adalah kunci utama untuk mencegah anak daripada tantrum. Bila kita lakukan berulang kali, anak akan faham bahawa kita tidak akan bertolak-ansur dengan kelakuan buruknya. Dia akan tahu bahawa memukul, menendang, menjerit dan menangis meraung-raung adalah bukan cara yang baik untuk mengeksperi kemarahannya. Cara tersebut adalah salah dan tidak wajar dilakukan sama sekali. Lambat laun anak akan faham bahawa dengan cara tersebut (tantrum) dia tidak akan berjaya mendapatkan apa yang di inginkan.

Jelaskan peraturan dan perlakuan yang kita harapkan dari anak.
Sekiranya kita hendak membawa anak ke luar ke tempat awam. Sebelum keluar rumah kita berpesan kepada anak terlebih dahulu jangan memberontak sekiranya kita tidak memenuhi kehendak mereka. Jika tidak kita tidak akan merikan apa-apa ganjaran kepadanya kelak.

Contoh lain ketika kita membawa anak makan di restauran. Awal-awal kita perlu berpesan kepada anak untuk berkelakuan baik, kerana sekiranya dia membuat perangai ia akan menganggu orang lain yang berada di restauran tersebut. Begitu juga sekiranya kita membawa anak ke super market. Untuk mencegah mereka daripada bosan. Kita boleh meminta bantuan anak untuk mencari barang yang kita perlukan.

Apabila anak kita berkelakuan baik sepanjang waktu itu. Wajar untuk kita memberi sedikit ganjaran kepada anak sebagai hadiah dan memuji anak kerana sudah pandai mematuhi peraturan yang telah kita tetapkan dan membantu kita berbelanja.

Haa.. itula antara yang aku boleh kongsi dengan korang mengenai masalah tantrum ni. Panjang berjelan tak entry aku kali ni. Dah lama tak update. sekali update panjang berjela ko... Entry cuti-cuti Malaysia nanti-nanti la aku up kan. Tengah cari mood nak mula dari mana. Pening aku.. Banyak sangat gambar aku nak pilih.


Nie dia si kenit kuat ngamok



 
Copyright © Blog Che'Pah | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in