Notice Board


PROMOSI


Royal Slim Lishou Magic = RM 110.00 RM 99.00

Royal Detox Platinum = RM 130.00 RM117.00

Set Combo RSLM + RDP = RM 220.00 RM 210.00


EPHYRA set trial = RM 68.00

EPHYRA set premium = RM 180.00 RM 170.00

EPHYRA 2 set premium = RM 350.00 RM330.00

EPHYRA 3 set premium = RM 500.00 RM 470.00


TABITA SKIN CARE ( Exclusive ) = RM 280.00 RM 250.00

TABITA SKIN CARE ( Trial Premium ) = RM 150.00

TABITA SKIN CARE ( Trial Premium ) = RM 110.00


BELLEZA set trial = RM 100.00

BELLEZA set trial + 5 sachets = RM 135.00


Harum Malam = RM 40.00 RM33.00

Mistine Egg White = RM 20.00 RM 18.00




Wednesday, 2 July 2014

Belleza



Kepada pembaca-pembaca Che'pah yang nak kulit putih bak Snow White Che'pah suggest sangat-sangat ambil Belleza ni. Kesan dia pon cepat diantara 1-2 minggu sahaja. ok Che'pah brief sikit yer..

Belleza - sejenis serbuk kolagen yang lazat & dapat membantu menyerlahkan kecantikkan dalaman wanita. Selain membantu mencerahkan & menggebukan kulit, ianya juga berfungsi merawat masalah dalaman wanita. Menganjalkan payudara & punggung, merawat keputihan & lain-lain. Ianya perlu dikemam sahaja. Tidak perlu dibancuh.

Kebaikkan BELLEZA :
  • Menjadikan kulit putih kemerah-merahan.
  • Menjadikan kulit glowing secara natural.
  • Melembut, menegangkan & menganjalkan struktur kulit.
  • Membantu mengatasi masalah kulit kusam & tidak berseri.
  • Mengecilkan liang roma.
  • Pencerahan sekata satu badan & menyekatakan kulit.
  • Mengandungi antioksidan untuk melambatkan proses penuaan.
  • Merawat masalah jerawat dari dalam & memudarkan parut jerawat.
  • Memantapkan bentuk payudara & punggung.
  • Mengetatkan faraj & merawat keputihan.
  • Menghalang jangkitan pada vagina.
  • Menjadikan rambut lebih sihat, beralun & hitam berkilat.
  • Menguatkan kuku & merawat masalah tumit kaki merekah.
  • Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopos.
Cara Pengambilan
  • Koyak sachet & kemam serbuk BELLEZA. Minum segelas air kosong.
  • Elakkan minuman berkafein kerana ianya boleh menghalang penyerapan kolagen.
Kat bawah ni ada sikit testimoni. Belleza ni walaupon baru di pasaran tetapi mendapat sambutan hangat.. dah ada baanyak testimoni sebenarnya. Che'pah letak sikit ni jer dulu yer.. yg lain korang bole google sendiri.. 


tengok tu daripada tangan gelap menjadi cerah..


Kulit muka yang mempunyai masalah jerawat & bekas jerawat menjadi bersih & segar. 


Harga
Set trial (15 sachets) : RM 100.00
Set trial + 5 sachets : RM 135.00 

SMS/Whatsapp : 018-3282544 ( Che'pah )










Wednesday, 2 July 2014

Harum Malam




Kalau korang dengar dari nama & nengok grafik kt botol die jer pon korang dh tau kan suppliment untuk apa.. heheheh... ok Che'pah terang sikit pasal haru malam nie yer.. 

Harum Malah adalah suppliment dalaman untuk mewangikan badan anda. Bahan-bahan yang diadun dalam Harum Malam adalah ekstrak ros dan kaya dengan ekstrak herba seperti :

  1. Sirih
  2. Buah Tin
  3. Kismis
  4. Madu
  5. Goji
  6. Limau purut
  7. Kayu serapat
  8. Buah delima
  9. Manjakani
  10. Pueraria lobata
  11. Pueraria Mirifica

Semua bahan-bahan diatas boleh membantu menjadikan bau tubuh yang kurang enak menjadi lebih wangi semulajadi jika diamalkan berterusan. Ia juga mampu mencegah masalah dalaman wanita dan seterusnya memberi tenaga dan stamina harian yang perlu untuk aktiviti harian kita.

Golongan yang sesuai mengambil Harum Malam
  • Yang sudah berkahwin.
  • Anak dara.
  • Wanita dalam pantang bersalin.
  • Yang sedang menyusukan anak.
  •  Sesuai juga untuk mereka yang berumur 50 tahun keatas.

Kelebihan & Khasiat Harum Malam
  1. Membantu menyegar & menyihatkan badan.
  2. Mencantikkan & menaikkan seri wajah.
  3. Membantu menghilangkan bau badan & mulut.
  4. Melegakan panas badan.
  5. Menegangkan payudara.
  6. Mumulihkan rasa rapat.
  7. Mengencangkan otot kewanitaan.
  8. Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
  9. Menambah keharmonian suami isteri.
  10. Menyihatkan rahim.
  11. Mencantikkan payudara agar sihat & montok.
  12. Bertenaga & mengatasi masalah vagina kering.
  13. Membantu mengetatkan & menganjalkan Miss V.
  14. Membantu membunuh bakteria dalam salur kencing serta mengatasi masalah kerap kencing.
  15. Meningkatkan sistem tahan tubuh serta menstabilkan hormon.
  16. Mengurangkan tekanan & tension.
  17. Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan & mengurangkan kedutan.
Cara Pengambilan

Pagi : 1 sudu sblm sarapan.
Malam : 1 sudu sblm tidur.
*boleh minum terus
*pastikan menggunakan sudu plastik kerana Harum Malam mengandungi madu, dikhuaturi jika menggunakan sudu besi akan hilang khasiatnya. Boleh disimpan dalam peti sejuk. Produk Harum Malam HALAL & lebih 7 thn di pasaran..

Harga

1 botol RM 33.00

sms/whatsapp : 018-3282544 ( Che'pah )






Tuesday, 1 July 2014

Tabita Skin Care

Post nie Che'Pah nak cerita pasal Tabita Skin Care. Rasanya ramai yang dah tahu pasal Tabita ni kan.. Che'pah pon pengguna tegar Tabita ok.. Dah lama Che'pah nak jual Tabita ni tapi uolls tau2 jela kan Tabita ni ada yang fake. Jadi ambil masa sikit Che'Pah nak pilih suplier yang pasarkan Tabita yang original. Sekarang Che'pah dah jumpa dan dijamin Tabita Che'pah original. Jaminan wang dikembalikan yer.. 

Mengikut pengalaman Che'pah sendiri, 1 set exclusive Tabita boleh tahan selama 2-3 bulan. Bergantung pada penggunaan korang jugak la.. Hasil dia korang boleh nampak seawal 3 minggu, kulit korang akan halus, lembut, licin & cantik!! Che'Pah terangkan sikit kat bawah yer..



Set Tabita Skin Care terdiri daripada :
  1. Facial Soap (membersihkan muka & leher, menegangkan kulit)
  2. Smooth Lotion (mengurangi jerawat, menggantikan kulit mati)
  3. Daily Cream (melindungi daripada sinaran matahari, menghilangkan bintik-bintik hitam)
  4. Nightly Cream (memutihkan kulit, mengecilkan lubang pori-pori)


Kebaikkan Tabita Skin Care :
  1. Menghilangkan bekas jerawat.
  2. Meratakan bekas lubang jerawat.
  3. Menghilangkan bekas jerawat.
  4. Menyamarkan dan menghilangkan pigmentasi & warna kulit tidak sekata.
  5. Memutihkan kulit.
  6. Mengecilkan pori-pori.
  7. Membuatkan kulit tampak bercahaya.
  8. Meremajakan kulit.
  9. Mengencangkan kulit, sehingga anda terlihat lebih muda.
Tabita mengandungi bahan-bahan semulajadi dan terbukti memberi kesan baik pada kulit. Bahan-bahan utamanya adalah:

  • kolagen
  • serbuk mutiara
  • japanese tea
  • japanese papaya
  • vitamin C
  • vitamin E

Tabita Skin Care menggunakan ekstrak papaya sebagai bahan utama. Ekstrak papaya sudah terbukti berkhasiat untuk mencerahkan kulit dan mengatasi pigmentasi serta menstabilkan keadaan kulit (dari yang berminyak menjadi normal & yang kering menjadi normal) dan membuatkan ia sesuai dengan semua masalah kulit.

Selain ekstrak papaya, ia juga mengandungi A,C dan E. Vitamin A dapat membantu untuk mengeringkan jerawat dan menghindarkan pertumbuhan semula jerawat. Vitamin C sangat berguna untuk mncerahkan kulit secara semulajadi menjadi putih pink segar sehingga menyerlahkan kecantikan semulajadi. Tidak seperti produk kecantikkan lain yang membuatkan kita bergantung kepada produk tersebut.

Tabita tidak  menggunakan bahan merbahaya seperti MERCURY dan HYDROQUINON yang kerap digunakan oleh produk-produk kecantikkan yang lain. Bahan merbahaya ini membuatkan kita bergantung pada produk tersebut dan kanser kulit.

Cara penggunaan :
  1. Cuci muka dengan facial soap, ratakan & bilas dengan air. Jangan lap/keringkan muka.
  2. Titiskan 3-6 titis smooth lotion pada kapas dan sapukan ke muka tetapi jangan gosok atau tekan. Korang tepuk-tepukkan sahaja di muka sehingga rata.
  3. Dalam keadaan lembab sapukan daily krim utk siang hari & hight cream pada malam hari. Setiap hari.

Kesan :
  1. Untuk 3 minggu pertama, kulit akan rasa pedih, gatal, kusam & pengelupasan (10-20 hari). Masa ni korang jangan garu, kalau rasa gatal korang tekan-tekan jer dengan tisu atau kapas bersih kt tempat yang gatal tu dengan lembut.
  2. Mesti gunakan tabita, jangan STOP! Bile pengelupasan berhenti gatal pon akan berhenti jugak.
  3. Paling lama pengelupasan sehingga 4-5 minggu, biasanya pada bahagian hidung dengan mulut kerana pada bahagian tersebut paling banyak terdapat liang roma berbanding dengan tempat yang lain.
  4. Setelah 3-5 minggu wajah akan menjadi cantik. Pori-pori mengecil & menjadi putih berseri-seri.

Pesanan :

Sepanjang pemakaian Tabita Skin Care, dinasihatkan korang tidak memakai sebarang kosmetik atau produk lain untuk hasil yang lebih baik. Wanita mengandung tidak digalakkan menggunakan smooth lotion.



Harga

Set Exclusive RM 280.00
Set Regular RM 250.00
Set trial Premium RM150.00
Set trial Standard RM 110.00
* Tabita Che'Pah Original yer.. jaminan wang dikembalikan.

SMS/Whatsapp : 018-3282544 ( Che'pah )



Monday, 30 June 2014

Ephyra


Ephyra BUKAN produk melangsingkan badan. Tetapi Ephyra adalah minuman kesihatah tambahan dimana kaya dengan protien dan mineral. Jika mengamalkan Ephyra, berat badan kita dapat dikawal kerana Ephyra mempunyai banyak khasiat dari segi melancarkan pencernaan (penghadaman), mengurangkan kadar kolestrol dan membuat badan kita sentiasa bertenaga (metabolisme). Dalam erti kata lain, Ephyra dapat memberikan berat badan ideal pada anda (ideal bukan langsing). Untuk masalah kulit pula, Ephyra sangat dapat membantu untuk melembabkan dan menghaluskan kulit serta memutihkan. Kedutan-kedutan dan garis-garis lurus juga dapat dihilangkan jika mengamalkan Ephyra. Dan untuk yang mengalami sakit-sakit sendi serta sengal-sengal otot termasuk sakit belakang, Ephyra dapat mengurangkan kesan-kesan tersebut. malah berdasarkan testimoni, masalah sakit tulang/sendi HILANG setelah mengamalkan Ephyra! Alhamdulillah.

Untuk ibu-ibu yang menyusukan badan, Ephyra adalah pilihan tepat. Berdasarkan puluhan testimoni kami dan feedback dari pelanggan, Ephyra dapat memberikan tenaga yang lebih walaupon menyusu badan. Hilang sengal-sengal badan. Malah kandungan kuantiti susu badan menjadi banyak dan ada sesetengah mengatakan ia sedap! Dari segi aspek bayi, kandungan Ephyra yang tinggi anti oksidan, kaya dengan kandungan vitamin dan mineral serta tanpa bahan pengawet, sudah pasti dapat memberikan nilai yang tinggi pada bayi anda.

Ephyra adalah minuman kesihatan yang boleh diamalkan pada semua peringkat usia matang (15 tahun keatas) dan jantina. Ramuan Ephyra terdiri daripada sumber-sumber asli. Ephyra TIDAK mempunyai kandungan herba atau bahan kimia yang mana sesetengahnya tidak sesuai untuk hormon atau peringkat umur. ( tiada tongkat ali, kacip fatimah, manjakani, ginseng ). Jadi isu umur atau jantina bukan penghalang untuk Ephyra!



9 wonders of nature’s miracles from east and west in EPHYRA

Deep Sea Collagen

Kolagen adalah sejenis protein yang boleh didapati di semua bahagian tubuh, termasuk kulit. Kolagen dalam kulit anda menentukan kekuatan, kelembutan dan keanjalan. Penuaan menyebabkan jumlah kolagen berkurangan, menyebabkan kedut kelihatan. Dengan sains moden hari ini anda boleh mengembalikan kemudaan kulit anda melalui EPHYRA, yang hanya menggunakan kolagen tulen yang dihasilkan dari spesies ikan putih laut dalam dari PERANCIS.Ikan laut dalam umumnya bebas daripada pencemaran alam sekitar.

Acai Berry


Di dalam Ephyra, mengandungi acai berry ungu dari Amazon, yang merupakan buah keajaiban dengan khasiat yang sangat tinggi, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti kanser, anti-radang, menguatkan sistem kardiovaskular juga mengurangkan dan mengawal berat badan.Dengan khasiat yang kaya dengan antioksidan,ia dapat mengurangkan risiko kanser dan membantu melambatkan penuaan.Buah ajaib ini mengandungi omega6 dan omega 9 yang tinggi, dan kaya dengan serat pemakanan, dimana dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular dan saluran penghadaman serta membantu mengawal kadar kolesterol.

AcaciaGum

Gam akasia, juga dikenali sebagai gam arabic, adalah serat diet larut yang dibuat dari pokok akasia, yang tumbuh di iklim tropika dan sub-tropika. Di EPHYRA, kita menggunakan gam akasia yang berkualiti tinggi yang diimport dari Afrika. Amat berkhasiat untuk membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan.. Serat Acacia juga dikenali untuk membantu untuk membuang toksin berbahaya yang berkumpul dalam sistem pencernaan. Gentian menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses pencernaan.

L Gluthatione

L-Glutathione merupakan antioksidan larut air yang sangat tinggi yang biasanya dijumpai di dalam hati. Fungsi utamanya ialah untuk melawan radikal bebas, yang boleh menyebabkan penuaan dan juga kanser. L-Glutathione di dalam EPHYRA, mempunyai banyak manfaat, seperti keupayaan untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. Di samping itu, L-Glutathione boleh menghalang pengoksidaan lemak, termasuk kolesterol, yang dijumpai dalam aliran darah. Oleh itu, risiko pembentukan plak pada arteri dapat dikurangkan. Ini adalah kelebihan yang penting kerana tersumbat arteri boleh menyebabkan strok dan masalah jantung.Selain itu, fungsinya adalah untuk mengurangkan kesan penuaan. Ia boleh membantu untuk memperbaiki kulit anda menjadi lebih licin dan kelihatan lebih muda.

Asthaxanthin

Astaxanthin adalah Antioksidan Alam yang sangat kuat dan biasanya ditemui dalam mikroalga, yis, salmon, krustasia atau pada tumbuhan laut dalam.
Antara manfaat astaxanthin adalah antaranya merupakan ubat yang amat berkesan untuk semua jenis pemulihan otot,siku tendon, sendi dan sakit otot dan arthritis. Di samping itu, dapat mengurangkan kedut dan garis garis penuaan, meningkatkan tahap kelembapan kulit serta mengembalikan keanjalan, seterusnya menjadikan kulit anda cantik dan berseri.

Tomato Powder

Serbuk tomato mengandungi banyak vitamin A dan C, kebanyakannya kerana beta-karotena dan vitamin ini bertindak sebagai antioksidan, berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya di dalam aliran darah. Ia juga membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula dalam darah mereka. Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,malah ia sangat bagus untuk mata, gigi dan tulang. Kalium dan vitamin B dalam tomato turut membantu menjadikan tekanan darah lebih rendah dan boleh menurunkan paras kolesterol yang tinggi. Dengan itu,ia boleh membantu mencegah strok, serangan jantung dan penyakit masalah jantung.

Acerolla Cherry
Mungkin sumber terkaya vitamin C antara banyak buah-buahan, acerolla ceri sangat popular untuk manfaat kesihatan. Ia adalah antioksidan buah-buahan tropika yang ditanam kebanyakannya di Caribbean, Brazil, Peru, Mexico, dan di India. Kandungan vitamin C satu ceri kecil adalah 65 kali ganda lebih tinggi berbanding yang terdapat dalam oren. Oleh itu, ia boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan hati anda, memperbaiki keadaan kulit , dan meningkatkan keupayaan badan anda untuk memulihkan tisu dengan cepat. Kandungan vitamin C yang tinggi di dalam acerolla ceri juga dapat membantu menghasilkan kolagen semulajadi dalam badan anda seterusnya menghasilkan kulit yang sihat, cantik dan nampak muda.
Marigold Flower Extract
Marigold mengandungi pelbagai karotenoid antioksidan yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya. Pengambilan antioksidan yang tinggi membantu memulihkan kerosakan radikal bebas.Ekstrak bunga marigolds sangat berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang dimana antara kegunaannya ialah dalam merawat masalah jerawat, lepuh, terbakar, luka, ruam lampin, ekzema, luka terbuka.Ia juga berkesan untuk menstabilkan kelembapan pada kulit anda, dan ini sangat bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering atau sensitif.

Superberry


Superberry diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi. Ia mengandungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas. Ia juga adalah sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium. Kelebihan Superberry di dalam Ephyra adalah untuk kesihatan yang menyeluruh terutamanya meningkatkan sistem imunisasi individu.



Kelebihan Ephyra

  1. Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri.
  2. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah.
  3. Mengurangkan kedutan dan garis2 halus.
  4. Formula anti penuaan yang berkesan.
  5. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  6. Mengandungi khasiat prebiotik yang tinggi.
  7. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan.
  8. Mengurangkan kadar kolestrol.
  9. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  10. Meningkatkan sistem imunisasi anda.
  11. Mengatasi masalah imsonia.
  12. Mengawal berat badan dan meningkatkan metabolisme.
  13. Melegakan sakit dan radang sendi.
  14. Menjaga kesihatan kardivaskular.

Cara Pengambilan 

Ambil 1 atau 2 paket sehari dalam keadaan perut kosong pada waktu pagi atau sebelum tidur. Untuk membantu penyerapan maksima, disarankan ambil sewaktu perut kosong. Untuk hasil yang lebih baik, pastikan pengambilan air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.


Harga

1 trial pack 10 sachet RM68.00 (free shaker & recycle bag)
1 premium pack 30 sachet RM 197.00 (free shaker & recycle bag)
2 premium pack 60 sachet RM 360.00 (free shaker & recycle bag)
*sabah/sarawak tambah RM10 kos penghantaran

SMS/Whatsapp : 018-3282544 ( Che'pah )






Sunday, 29 June 2014

Royal Slim Lishou Magic ( RSLM )



Royal Slim Lishou Magic (RSLM) produk yang dah lama meletop di pasaran & dah tak terkira testimoni yang berjaya. RSLM terbukti berkesan!! Bukan sahaja berkesan menurunkan berat badan dengan cepat. Malah bentuk badanpun boleh dilangsingkan.

Bahan - bahan utama di dalamnya seperti Malic Acid dan Marine Collagen memberi impak yang hebat pada kulit. menghasilkan kulit yang cantik dan melambatkan proses kematangan kulit (penuaan).
Bahan lain untuk metabolisme, pembuangan toksin dari badan, dan penurunan berat badan adalah seperti Apple Fibre ,White Kidney Bean Extract, dan citric asid.



Kandunga Royal Slim Lishou Magic

KESAN PENGAMBILAN RSLM :

1- Menjadi kenyang selama 8 jam.
2- Menjadikan pengambilan makanan lebiih teratur.
3- Sesuai untuk mereka yang mempunyai berat yang serious (kesan yang cepat).
4- Membuang toksin.
5- Melicinkan & mencantikkan struktur kulit.
6- Memperbaiki hormon.
7- Mengecutkan jerawat.
8- Memutihkan kulit.
9- Memudarkan jeragat.
10- Mengandungi KOLAGEN ( berhenti dari mengambil kafein )
11- Boleh diambil oleh penghidap kencing manis dan darah tinggi.


Pengguna akan nampak kesan/result seawal 10 hari sekiranya berdidiplin minum air sebanyak 3 liter atau lebih sehari.Tidak perlu berdiet & tiada side effect seperti cirit-birit dan product mempunyai kelulusan KKM.

Kelulusan daripada KKM

5 syarat utama semasa mengamalkan RSLM :

1- Banyakkan minum air mineral sekurang-kurangnya 3 liter SEHARI.
2- Elakkan makan & minuman yang manis.
3- Elakkan minuman yang berkafein.
4- Kurangkan mengambil makanan yang berminyak.
5- Banyakkan makan sayur-sayuran & buah-buahan.

FOKUS pada target! dimana ada usaha disitu ada kejayaan. Bukan untuk orang lain untuk kesihatan dan kecantikkan diri kita jugak kan..


Testimoni untuk bakal pengguna RSLM sebagai pembakar semangat.

Siti Sarah Raisuddin ( Duta Produk RSLM )


Terbukti berkesan!!!


t


testimoni pengasas produk RSLM sendiri.

Cerita pengasas RSLM. Testimoni diri sendiri (tokeh).
Berat asal masa sekolah menengah = 47kg.
Berat dengan jayanya di naikkan sehingga = 106kg.

Dalam fikiran, takpelah, aku dah beranak pinak, anak-anak pon dah besar.. Dah boleh ada menantu pon.. Pergi shopping, jangan kata nak beli baju yang patung pakai. Tapi, selalu tanya, saiz yang paling besar u ada. Saiz apa?? Dalam fitting room, melompat-lompat nak cuba masukkan seluar jeans, yang selalunya sendat kat peha & perut. Bila pinggang saiz besar, secara tak langsung ukuran bawah kaki seluar jadi besar. Dah macam penyayi R&B dan HipHop kot..

Bila malam-malam fikir, aku ni penat kerja selama ni. Asyik fikir untuk semua orang. Sekarang masanya untuk aku rewards diri aku.
Akhirnya dari 106kg, dalam masa 6 bulan berjaya turunkan 54kg.

Ini adalah pengasas RSLM. Bukan gemuk kerana mengandung, bukan gemuk selepas bersalin, tapi gemuk selepas bertahun-tahun bersalin. Bukan edit, bukan canera trick yer.. sapa yang mengenali beliau, tahu bagaimana beliau sebelum berwajah baru.

Cara pengambilan RSLM :

*Ambil 1 sachet RSLM & bancuh/shake dengan 150ml/200ml air sejuk/suhu bilik.
*Ambil pagi 30min sebelum sarapan.
*Minum air 3liter @ lebih setiap hari.

Harga :

1 kotak RM110.00
2 kotak RM 200.00
3 Kotak RM 300.00
*sabah/sarawak tambah RM5 utk postage.

SMS/Whatsapp : 018-3282544 ( Che'pah )





Saturday, 12 April 2014

Dobi Layan Diri

Last friday aku amik cuti. Sebab aku amik cuti nak repair kereta. Sepatutnya ni tugas En. Hubby, tapi disebabkan dia terlampau sibuk sampai minggu depan jadi aku terpaksa ganti tempat dia. Boleh nak tunggu lagi tapi aku takot maklumla la keta aku nie hari2 ulang alik KL - Bangi, Bangi - KL. Kang kalau rosak tepi jalan mati aku.. hahaaha... Lagi pon boleh anta anak kat rumah pengasuh. Aku tak suka nak anta anak rumah pengasuh time cuti. Memang dia ok & aku bayar overtime but not nice la kan.. pengasuh pon ada rumahtangga nak uruskan.

So, Jumaat tu aku sorang2 pegi repair kereta. Disebabkan aku sorang2, aku pilih untuk hantar kat bengkel di Wangsa Maju berdekatan dengan Jusco Alpha Angle. Lepas hantar kete aku pon jalan kaki ke  JuscoAlpha Angle. Cina tu kata 2-3 jam. Dalam hati kata lama betul..Apa la aku nak buat kt Jusco tu.. Dah lama tak jalan kaki, berpeluh jugak la ketiak Che' Pah ni. Sampai kat Jusco aku dok pusing-pusing tanpa arah & pikir nak lepak mana la 2-3 jam nie. Mula ingat nk lepak kat Starbuck tapi mak aii ramai betol orang. tak privasi la pulak.. hehhee.. macam artis la pulak aku ni kan. Pastu baru aku teringat Baskin Robin kat tingkat 2 tu selalu takde org lepak. So aku pilih Baskin Robin la untuk menghabiskan masa. Meleleh air liur teringat kat ais krim dia.. Hish.. macam mana la nak diet ni.

Sebelum ke Baskin Robin aku ke kedai buku MPH dulu cari bahan bacaan. Jadi takde la aku melanguk kosong jer kat situ. Kalau takat makan ais krim jer berapa minit sangat la kan.. Pusing lama-lama sikit kat MPH tu.. Nanti takde la kematu sangat punggung Che'Pah kat Baskin Robin tu. Semua buku aku nengok. Bila semua buku dh nengok mesti la tertengok buku untuk Toddler kan.. Apa lagi aku sambar satu buku utk Syukri & utk aku magazine jer.. 

Mmm.. terliur tk nengok eskrim Che'Pah. Perasa apa tak ingat sbb Che' Pah main tunjuk2 jer

Hasil rembatan kat MPH.

Masa melanguk kat Baskin Robin tue aku dok fikir kat mana la nak cari dobi layan diri nie.. Rumah aku dah 3 hari takda air. Takot sabtu ahad pon takda.. mana la tau kan.. Patut 2 hari jer takda air. Apa masalah pon aku tak tau. Kalau esok baru nak pegi mendobi sapa nak jaga Syukri pulak sebab sabtu ahad ni En. Hubby keje. Last week kami hantar kat dobi biasa. Tp makaih.. kemain mahal lagi.. almost Rm40 jugak la.. Google punya google jumpa la dobi layan diri Clean Pro dekat Sri rampai tak jauh sangat la dari tempat aku service kete ni. Ok settle.. lepas kete siap terus pegi kesana. 

Dobi Clean Pro Sri Rampai

Sampai2 kat dobi nasib orang tak ramai sangat. Maklumla aku ni sejak dh kawen kalau pegi mana2 sorang2 gabra sikit. Dulu sebelum kawen ok jer.. mugkin sbb dh biasa kemana-mana dengan En. Hubby.. Lagi2 pertama kali aku nak mendobi sendiri ni memang double gabra la aku.. Aku dah siap2 google macam mana nak guna dobi layan diri nie. Mula2 kena timbang baju kita, lepastu baru boleh pilih mesin samada 9kg 14kg 25kg. Aku pon kemain timbang baju aku.. nengok 7kg jer.. So.. aku pilih la mesin 9kg. Sekali sumbat2 baju tak muat.. memang berat 7kg jer tapi ade cadar Queen kain pelekat bagai memang tak muat la kan mesin 9kg sebab tube die kecik. Aku pon pi kuar kan suku masuk kt mesin 14kg. Suku plak tu.. bukan setengah.. yang selebihnya tu bole kira penuh jugak la tube tue. Sementara tunggu mesin tengah jalan aku pon borak dengan sorang budak pompuan ni. Dia kata tak payah timbang kak. Pilih mana2 mesin yang agak2 muat dengan baju kita dan masukkan jgn lebih dari garisan kat cermin penutup tue.. Garisan nya kat tengah2 maknanya separuh mesin jer.. Kalau lebih dia kata nanti tak bersih. Pastu dok teringat mesin 9kg tue aku sumbat hampir penoh. Abesla... memang tak bersih la baju aku.

Padahal bole jer kalau aku kuar kan sume tukar ke mesin 14kg or kalau tak muat jugak masuk jer ke mesin 25kg abes citer... Nengok punya kritikal perangai gabra aku kan. Disebabkan tu jugak baju yg penuh dalam mesin 9kg tu tak bersih.. Dah la membazir amik 2 mesin pastu tak bersih pulak. Nanti nak kering kan kena amik lg mesin lain RM4. Hmmm... kalau En. Hubby tau nie mesti aku kena bebel. Masa tengah tggu baju kat dryer orang dh mula ramai.. Budak yang aku sembang tadi pon dah balik. Apa lg macam kera sumbang la aku kt situ. Lepas siap jer kering aku terus kuar kan & packing2 dalam plastik. Masa kuar kn baju pon siap tersadung batu yang utk panjat amik baju kat dryer. Nasib tak tersungkur.. Kalau tak biru muka Che'Pah. Sekali sampai2 umah cek balik, ada baju yang tak bersih dannnnn ade banyak yang tak kering jugakkk... Sengal betulla.. Kalau aku tambah duit keringkn lama sikit bole jer tadi.. Budak yang aku sembang tu dah pesan suruh cek tp aku yang tak cek sebab gabra sangat org dah ramai kat situ... Pffttt... 

Belah atas dryer, belah bawah mesin basuh.. tue batu seketul yang aku tersepak hampir2 tersungku.. Benci kat batu tu.. Malu Che'Pah tau.. Nmpk sgt Che' Pah gabra kan..

Yang ni mesin tukar coin.. Mesin basuh & dryer kak situ hanya terima coin 50cen baru jer yer..

Dobi layan diri Clean Pro ni tak sedia kan sabun. Kalau tak bawak sabun kat situ ada soap vendor machine. Selain sabun kat mesin tu ade jugak softener, pengering aroma, laundry beg dan Oxygen bleach. Semua tue harga dia RM1 dalam kotak kecik untuk sekali guna. Pengering aroma yang aku suka. Bende ni pon mula aku tak tau utk apa & macam mana nak guna. Budak yang borak dengan aku tu yang bagi tau. Dalam dia macam kain sapu tangan berbau sangat wangi..Cara guna dia kita masukkan sekali dengan baju masa kt dalam dryer mesin. Lepas siap nanti baju kita wangiiii sangattt macam baju yang selalu kita amik kat dobi biasa tu.

Clean Pro soap vendor machine.

Disebabkan kesilapan aku kat Clean Pro aku cakap kat En. Hubby nak kena pegi dobi lagi malam nanti sebab ada baju lagi yang nak basuh. Kate kat dia lagi yang siang tadi tak bawak baju banyak sebab nak testing jer dulu...hehhee... Malam tu En. Hubby balik kol 11 & kebetulan ada lori Syabas kat bawah. Dia tukar2 baju terus turun amik air. Kesian dia.. mesti penat.. lepas tu nak ke dobi pulak.. Naseb dia ikut jer planning aku.. Tue yang buat aku sayang tu. takpe la sama2 kita berkorban. Malam tu kami ke dobi layan diri everyday kat setiawangsa sebelah ali maju. Kat Sri Rampai tu jauh katanya. Sampai dekat pukul 3 pagi kami kat situ. Dobi layan diri ni biasa nye 24 jam yer.. Tp tak tau pulak kalau ada yang tak 24 jam. Setakat dua ni yang aku pergi 24 jam.

Dobi Everyday layan diri.





Dekat dobi Everyday layan diri ni sabun free.. Boleh lagi jimat la.. tp bau sabun dia tak kuat sangat la macam sabun yang aku guna dekat clean pro tue. Dah nama pon free kan.. Mesin basuh & dryer yang ada 9kg & 14kg. Aku tak prefer sangat dobi ni sebab dia takde mesin yang jual sabun tu. Kalau ada mesin tu senang, In case kalau kita memerlukan laundry plastik tu bole beli kat mesin kan.. Sebab masa aku kat Clean Pro aku beli plastik tu. Aku tak bawak bakul. letak baju dalam plastik sampah jer.. masa bukak plastik nak amik baju plastik tu dah koyak. Maklumla.. plastik sampah kan nipis.. Naseb mesin tu ade jual laundry plastik tebal pulak tu. Kalau tak bertaburan la baju aku masa nak masukkn dalam kete.

Orait, panjang sangat dah aku bebel ni. Untuk memudahkan korang kat bawah ni aku letak Price List untuk kedua-dua dobi yang aku pegi. Musim-musim air kena catu ni mesti korang tercari-cari info kan..

Dobi Clean Pro

Clean Pro dryer machine ada 14kg jer..

Dobi Everyday

Satu kelebihan dobi Everyday ada kusi urut. Ni yg kat cawangan Setiawangsa sebelah Ali maju. Cawangan lain aku tak tau nyer..








Friday, 11 April 2014

Celcome to UMobile

Ni Che' Pah nak luah perasaan sikit. Sebab kan nak tukar line telefon ke network sevice provider lain huru-hara aku laki bini. Sampai En. Hubby dah give up tak nak tukar. Proses die punya la payahh.. Sambila bekali-kali En. Hubby ulang alik Celcome & Umibile. Mane nye mamat tu tak hangin. Tapi masalah nya aku berkeras juga nak tukar. Sejak aku berpindah kerja kat Bangi ni line Celcome teruk la.. korang bayang kan la phone aku bole takda line langsung dalam beberapa ketika. Atau pun orang call aku tak dapat. Padahal handphone aku ade kat sebelah & tak berbunyi pon. Tau-tau jer dapat msg dari Celcome kate ada miss call. Sekarang ni makin kerap pulak jadi macam ni. Ni aku cite part aku jer tau yang pakai Celcome. Bukan aku kata semua yer.. Mungkin tempat office aku ni tak berapa nak cover coverage dia. Jadi kepada sesiapa yang kerja kat Celcome dan baca celoteh aku ni tolong la maklumkan kat sapa-sapa yang berkenaan yer. Report kata kawasan Bandar Baru Bangi coverage tak ok.

Aku plan nak bertukar ke Umobile. Opismate aku yang recommend Umobile ni jimat katanya. Ditambah pulak ikut pengalaman dia line internet nya laju... Walaupun dia menggunakan prepaid laju je dia download apa2 pon. Lagi la aku tertarik korang sebab celcome aku ni kalau nak download or nengok Youtube la misalnya kemain lembab lagi korang tau tak. Lepas tue pikir punya pikir payah sangat aku nak tukar line aku ni. Terminate jer la terus line Celcome pastu amik jer la prepaid Umobile abis citer.. Pakai jer nombor lain. En. Hubby terpulang pada dia lagi pun dia yang kena uruskan everything. Dia punya senang sebab dia main number. Aku yang duduk kat bawah dia ni yang payah.. Orait kat bawah nie aku ada tempek jadual untuk pakage2 yang ada untuk Umobile. Check it out....


Pakej untuk line or postpaid.


Pakej untuk prepaid.





 
Copyright © Blog Che'Pah | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in